Pages

Followers

Monday, May 18, 2015

Sepetang di Skytrex Advenure Park, Bukit Cerakah, Shah Alam.

Assalamualaikum...

Just nak share benda-benda yang patut anda cuba sekiranya anda salah seorang peminat sukan lasak.
Seriously, it was one of my dreams come true.
Aku memang minat dengan benda-benda yang lasak dan mencabar.
Dan banyak lagi bucket list yang akan aku usahakan untuk kecapi dalam beberapa tahun ni.
Alhamdulillah sebab berpeluang untuk buat benda-benda yang aku suka tiap kali ada masa terluang.

Skytrex?? 
kepada yang tak faham apa itu skytrex?
dan apa jenis mainan yang ada di skytrek ni...
skytrex ni merupakan salah satu mainan yang mempunyai pelbagai mainan yang merangkumi permainan udara. It's more nak tawan ketakutan kepada ketinggian. 
And yes, sangat mencabar kepada sesiapa yang takut pada ketinggian.

Antara mainan yang ada kat sini adalah, flying fox, meniti pelbagai jenis rintangan pada ketinggian yang memang menggerunkan. Kat bawah ni aku ada attachkan beberapa picture sebagai gambaran sebenar kepada permainan yang terdapat kat sini. Beberapa ye...bukan semua sebab ye la, keterujaan nak melompat dan bergayut. Tak sempat nak bergambar..ekekeke..


Dalam banyak-banyak game, ini adalah yang paling mencabar bagi aku.
Kena berjalan atas satu tali, dan berpaut kat satu tali.
Bukan dekat tau, jauh gile pula tu nak kena cross ke belah sana. Banyak kali jugak berenti.

Tapi jangan risau sebab kita memang pakai harness sepanjang permainan.
tapi, for your info, the guide will not be there during your game unless kat tempat yang mana anda collapse atau kat tempat-tempat susah yang ramai orang surrender nak buat game tu.  hahaha...
You will be there alone, tanpa ada orang yang akan paksa anda or push anda untuk terjun for flying fox or what.


Meniti titi-titi kecil ni. Seriously kepada yang takut tinggi memang rasa gayat.
But for me, you need to try this game.
Conquer your fears. :))


Yang ni melompat dari satu tiub ke satu tiub pakai tali.
Memang dah macam tarzan. hehehe


Ini pemandangan dari the highest part dalam game ni.
Kat bawah tu, akan ada satu pelantar yang mana kita akan panjat tangga ke atas sampai ke pelantar yang second ni. Sangat gerun bila pandang ke bawah. Pastu nak kena cross pula ke sana dengan berjalan atas satu tali. 



Jauh gile kan?
Ha...tak yah nak cakap dekat la. 
You all pergi dulu try...baru tahu jauh ke tak. huhu T_T
But, aku lepas kesemuanya. :)) 
Proud to myself.


Ini masih lagi yang awal-awal. Kena cross atas tali tu satu persatu. 
Disebabkan ketinggian dia rendah je, okay la..


Masa ni, bengkok tulang belakang sebab tak sempat nak berpijak kat tiub tu. 
Nampak senang, tapi agak mencabar tau. 
Jangan dok gelak-gelak eh.


Ini antara yang mencabar jugak.
Bukan senang tau. mencebik tak puas hati. hahaha


Ni masa mula-mula, baru lepas flying fox.


Keterujaan !!!

Actually, skytrex ni ada banyak level.
Beginner, Intermediate dengan Extreme.
Kalau you all order online and come in group much cheaper compared to walk in.

Online Price.

Beginner = RM35
Intermediate = rm45
Advance = rm55

Walk in Price.

Beginner = RM50
Intermediate = rm60
Advance = rm70

Taapi harga yang latest tak sure pula, sebabnya confirm GST dah include kan?

VenueShah AlamLangkawi
Forest Conservation FeeRM 3 ( Adult)
RM 1 (Child)
FOCi
LockersRM 1
RM 5 (deposit)
RM2.00 x 1 Token
GlovesRM 3
per pair
RM 3
per pair
Bottle HolderRM 1
RM 5 (deposit)
RM 1
RM 5 (deposit)
ParkingRM 3
per entry
FOCi
Can DrinksRM 2RM 3
Mineral WaterRM 1.50RM 2.00

Ini pula harga-harga yang barangan extra.
Kalau tak nak habiskan duit, bawak siap-siap gloves ngan air ye... 

So, kepada sesiapa kat luar sana yang ingin mencabar tahap keberanian masing-masing ayuh ke sini.
Berbaloi-baloi. Nak gi yang kat Langkawi jauh bebenor, better pergi yang sini je. Area lembah klang memang inilah satu-satunya skytrex yang ada.
 Harap entry ini bermanfaat buat semua. :)
Sampai berjumpa lagi di next entry !!

p/s: pedulikan kualiti gambar yang tahap gegar-gegar. huhu...

Saturday, March 7, 2015

Diari Muslimah: Di saat aku memerlukanMU Ya Rabb

Assalamualaikum...





Ada suatu ketika, di mana kita sangat-sangat memerlukan pertolongan.
Contoh, kita baru balik dari satu tempat. Hanya berdua dengan anak yang baru berusia 2 tahun.
Dan pada ketika tu, tiada sesiapa untuk membantu.
Tinggal di apartment, dengan anak tidur dan barang banyak untuk di angkat.
Parking pula memang well known kalau malam, dah penuh dan pack.
Dan anda berdoa dalam hati, di sepanjang perjalanan.

" Ya Allah, Kau permudahkanlah... "
sambil menarik nafas dalam yang penuh pengharapan.

Setiba di hadapan apartment anda, ada satu parking betul-betul di hadapan tangga.

" Alhamdulillah Ya Allah.... "
Kau bersyukur dalam hati.

Kau mula runsing, nak kena dukung anak pula. 
Mana nak angkat barang lagi, nak touch kad untuk masuk macam mana pula?

Anda laju pack2 apa yang patut, dukung si kecik dan paut semua barang di tangan anda..
Bersusah payah baru lah dapat tekan lock kereta.
Peluk si kecik erat-erat, jangan biar jatuh. Dan begitu juga barang-barang.
Cukup hati-hati dan teratur melangkah dengan purse yang dah letak hujung-hujung supaya senang nak touch kad ke gate masuk nanti. 

Setiba di gate tersebut, ada seseorang yang tolong touch kan kad dia dan hold kan gate.
Laju anda lontarkan terima kasih kepada si dia yang baik hati.

Then, pintu lif. Nak kena tekan pula.
Elok je sampai, ada orang lain yang masuk dari pintu satu lagi.
Tekan button lif, then lif terus terbuka luas. 

Alhamdulillah...mengucap banyak-banyak dalam hati...

Setibanya di rumah, dah baringkan si kecil atas katil. 
Aku duduk dan berfikir...

Indahnya bergelar Islam..
Mana mungkin, dunia yang indah dan besar ini tiada penciptanya..



Yang menjadikan cahaya fajar yang indah..




Yang menjadikan siang dan malam mengikut aturannya,




Yang menjadikan yang hidup itu mati,




 dan membiakkan kita dari setitis air mani kepada zigot yang hanya bergantung kepada saluran makanan dari ibunya,




Yang menjadikan binatang-binatang dan tanam-tanaman itu sebagai sumber makanan manusia..




Cycle binatang untuk survive..




Cycle tanaman yang menghijau dan membesar dari hanya satu dahan kecil kepada satu pokok yang utuh dan kuat sebagai pelindung..



Yang menjadikan hujan yang turun membiakkan hidupan dan tanaman..

Mana mungkin manusia biasa seperti kita mampu nak handle semua tu?
Itu menolak keterangan Kristian yang menjadikan Isa sebagai Tuhan..
Even lelaki sekalipun tidak multi tasking, 
Nak handle satu dunia? 
Mustahil!!!

Mana mungkin sebiji patung yang tidak bernyawa mampu lakukan semua itu..
Jika anda pecahkan patung berkenaan?
Dia akan terus di situ, takkan bangun dan bercantum kembali.
Even nak buat diri sendiri pun, kita buat pakai tanah liat.
Begitu lemah????

Tuhanku, Tuhanmu
Yang satu, Yang Esa, Yang Maha Agung..
Pencipta engkau dan aku, 
Pencipta siang dan malam,
Pencipta dunia dan segala isinya..
Indahnya Islam..
Kerana kami belajar untuk mengharap hanya padaNYA,
Tiada yang lain...
Hanya dia.. Hanya pertolongan dari Dia..
Yakinlah...

"Sesungguhnya Allah swt bersama anda..."

Islam adalah agama yang benar.
The only Religion.


Friday, February 6, 2015

Tips memilih kursus terbaik di Universiti.

Assalamualaikum... 

 

Well, let's get started with this topic. 
Setelah sekian lama tak update blog, sangat-sangat nak share pasal isu ni. 
Reason utama adalah, akak tak nak nanti korang adik2 salah pilih course then end up menyesal setelah bertahun2 habiskan study korang. Or, mungkin end up habis belajar...susah sangat nak dapat kerja.
So..di sini akak akan share few tips on how to know that the course is the best course for you.

Fistly, of course everything that you decide must be based on your interest.
If since childhood minat melukis..proceed to architecture. 
If minat math, proceed to engineering
If minat duit, then proceed accounting..
If minat menjahit, proceed to art and design...
minat masak??? perhotelan. ada bahagian masakan..
Minat komputer? then straightly ke computer. 
fyi, electrical pun ada computer tau !! it's more to programming :)
If minat medic...proceed medic. titik.
Please.. everything you decide, korek dulu apa yang you all minat. 
Then proceed. jangan pandang belakang dah.

Tak tau nak pilih yang mana???
Okay, nanti akak share untuk the next entry which courses will give you brighter future.
Ini tips je tau...if tak nak follow...it's okay.
Untuk membantu korang sikit sebanyak untuk decide the best for you and your future.
That's all.. :))

Yang penting sekarang ni, just follow your interest first. 
You will never regret !!! 
trust me *_*


Tuesday, September 23, 2014

Resepi Aglio Olia Mudah dan Jimat

Assalamualaikum..

Just to share this simple and nyummy recipe for working mother.

.:: Aglio Olio Simple ::.


Just try this recipe few days ago.
First time try and alhamdulillah sedap.
Husband suka sangat. Lately suke masak pula. Plus, suka makan juga.
Tapi sakit satu badan. Kenapa entah.

Jom try resepi ni...

Bahan-bahannya adalah:

Bawang putih
Olive oil
Spagheti (angle hair) nak pakai yang biasa pun boleh, ikut la yang mana available kat rumah..
Seafood (optional).. aku pakai mussels, ngan udang
Sayur (optional juga)....aku masukkan mushroom ngan tomato
Then sikit herbs, coriander leaves ngan oregano.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya adalah:

Rebuskan spagheti dengan sedikit garam to make sure spagheti tu berasa masin.
Senang kalau masukkan siap-siap masa rebus spagheti tu.
Sebabnya rasa masin tu akan sekata.
Then bila dah masak.

Panaskan olive oil di dalam kuali dan masukkan bawang putih bila minyak dah panas.
Goreng bawang sampai naik bau dan masukkan segala macam seafood.
Penting untuk ingat, kalau letak terlalu banyak seafood.
Tumisan akan jadi sangat berair. So, make sure air tu kering sikit dulu before masukkan spagheti.
Sementara nak bagi seafood tu semua masak sikit, kang kalau masak sekejap sangat takut sakit perut pula kan? Masukkan kesemua sayur dan tunggu sampai sayur empuk.
Lepas tu boleh la masukkan spagheti.
Kacau-kacau sikit dan masukkan coriander leaves dengan oregano before angkat.
Siap.

Resepi ni sangat bagus untuk student yang nak jimat duit.
Sebabnya kalau tak letak seafood dan sayur pun dah cukup sedap.
Daripada makan maggi yang tak sihat tu.
Better makan ni.. lagi sihat, jimat dan mudah. Tak gitu??

Selamat mencuba... :)




Sunday, September 21, 2014

Seoul: Makanan korea halal untuk dinikmati.


Assalamualaikum..

Nak share pasal tempat makan halal kat Korea.
Alhamdulillah berpeluang melawat Korea on 13th to 17th of August bersama kawan kerja husband.
So, aku, imran, mummy ngan ayah beramai-ramai ke sana.

Memang syok gile bile pergi trip dengan As-syukran punya tour guide.

Ni antara makanan-makanan yang kami makan sepanjang kat sana.
Sangat kena dengan selera aku. Tersangatlah bahagia dan feeling korea sangat. ahaks.


Nah. Makanan tradisi diorang. Kimchi.
Ada macam-macam jenis pula tu.

kimchi kubis
kimchi sotong
kimchi lobak

macam-macam la...So, datang sini everytime makan mesti diorang akan serve kimchi.
So, jangan risau ye...belajar makan banyak-banyak. 
Dah balik Malaysia, rindu pula nak makan kimchi yang fresh dari ladang.
Yang kat sini semua dah letak preservative bagi tahan lama. erk. yeke??


Ni antara bahan-bahan yang diorang pakai untuk buat kimchi.
Kitorang pergi kimchi school. 
So, berpeluang la buat sendiri kimchi ni.
Allaaa... main sapu-sapu je sambal tu kat kubis panjang tu ha. 
Siap...semudah ABC. 
Padahal dah skip banyak gila proses kan?
hehehe...


Ni antara makanan yang kita boleh buat kimchi.
Sotong, lobak putih, kubis.


Ini adalah first hidangan yang kami makan sesampainya ke Korea.
Ikan bakar yang terdiri dari sardin dan mackerel, kimchi lobak dan sayur, ikan bilis goreng, telur goreng dan penkek korea yang sedap dan enak. 


Telur goreng super nyummy


kimchi sayur


ikan bilis goreng dengan kacang dan lada 
Diorang goreng tak macam kita
Sebabnya diorang punya tak garing macam kita goreng ikan bilis


Ni ha...sardin dan mackerel bakar.
Sedap ooo... gulp. 


Pastu kita ada jugak sup ni. Dalam tu ada tepung pulut.
Selalunya tepung pulut macam tu kita gentel-gentel pastu rebus dalam air macam kita nak buat bubur chacha versi malaysia. Tapi kat sana, first time makan yang buat sup gini. Okay la. not bad. rasa kenyal-kenyal gitu.


Ini antara yang the best.
Selalu masuk dalam drama korea. Ayam bbq.


Kita grill atas ni pastu masukkan dalam daun salad, letak sambal, bawang putih, cabai, kimchi..
tutup...then ngap aje..
Feeling korea sangat. hehe..


Kitorang makan ni before naik bot nak ke Nami Island.
Memang area-area situ je pun. Tempat orang-orang parking kete. 
Kena naik tangga sikit.
Nama kedai semua tak ambil pun. huhu..


Yang ni pula ada kimchi, sea weed yang dah dicampur ngan perasa, rumpai laut kot yang warna hijau tu ha. Main telan je ha semua. hehe..dan juga sayur taugeh.



Kat sini nasi semua dah macam pulut.
Memang cepat kenyang. 
Bila tengok ke bekas tu macam tak cukup kan?? 
bila dah ngap..makan separuh je dah kenyang.



Set yang atas tu, ada sekali dengan seafood ni.
Macam-macam ada tau. Kepah, udang, sotong kurita yang super besar, ketam, ikan.
Memang terbaik.
Banyak gila makan masa ni..


Diorang siap-siap potong lagi tau masa kita nak makan tu. 
Jangan tak tau...hehe


Ini tak berapa kena sangat ngan aku.
tapi ni dah salah negara. Udon ni makanan jepun chuolsss...bukan korea.
Yang korea tu sebab makan dengan kimchi. ihiks.
Aku ni memang bukan penggemar udon.


Ni masa kitorang makan kat kedai Arab kot tak salah..
Dah selalu makan kat kedai arab kat sini.
So, dah memang kena dengan tekak la.
Boleh tahan jugak masakan diorang ni. kedai ni kat Seoul je.. tak jauh.
Siap ada free wiFi..


Salad.


Macam kuah dal...macam la...


Kuah spagheti.


Nasi yang rasa pelik sikit.
Tak tahu la diorang ni pakai beras ape.


Carrot dengan terung. 


Masa ni makan kat Itaewon.
Area masjid satu-satunya di Korea ni.
Kat area sini memang banyak sangat kedai halal.
So sesiapa yang risau nak cari yang halal bila travel tak bawak tour guide.
Meh datang Itaewon je. Berderet kedai halal. 


Bulgogi yang super awesome !!!
Panas menggelegak masa dia serve tau.
terbaik !!!

Itu je la makanan yang kitorang try sepanjang kat sana.
Makan sampai buncit.
hihihihi..kalau plan nak korea, jangan lupa makan semua-semua ni.


Yang paling banyak aku hentam kat sana adalah air ni.
banana milk. my most favorite.
kat seven E banyak. tapi kalo compare sikit harga, kat seven E mahal la sikit.
Harga?? tak ingat la... >.<

Moga bermanfaat... in sha Allah..
Sekian :)