Pages

Followers

Friday, November 16, 2012

derita abah...( Part 1 )...


As salam....

sihat ker? dah lama sgt tak hupdate blog...bz dan kepenatan yg melampau...byk sgt benda yg nak di share sb sepanjang aku tak update blog ni, banyak sgt benda yg jadi kat aku dan juga org sekeliling aku..so di sebabkan perasaan aku yg tak menentu ni, aku jd cepat marah2...badmood..mengamuk tak tentu pasal..ditambah plak aku mengandung..bawak baby..hormon tak menentu..hmm..so utk post kali ni, biarlah aku berkongsi pasal abah dulu...sb mmg apa yg terjadi kat abah bg impact yg besar pd aku dan family..

sejak raya puasa lagi, leher abah mula membengkak masa abah ter'over dose' makan durian ngn lemang. mungkin disebabkan bisa atau apa...leher abah makin teruk..macam yg semua tahu, tahun lepas exactly lepas raya jugak, abah menjalani pembedahan utk memotong 1/3 dari lidah abah disebabkan serangan kanser mulut. penyebab utama utk kanser ni mungkin sb abah perokok b4 ni dan jelas sekali keturunan abah memang pembawa gen kanser. arwah mak long meninggal dulu di sb kan kanser rahim manakala pak cik aku yg masih hidup sampai sekarang mengidap kanser tekak yg mana pakcik aku telah dibuang anak tekak nya infection drpd kanser tersebut. tapi setelah menjalani radio terapi, keadaan pakcik aku terkawal walaupun telah kehilangan peti suara dan menjadi bisu selama2nya.

keadaan abah makin lama makin teruk hinggakan sebijik nasi pun abah tak mampu nak telan..sampai satu masa, abah dah tak mampu nak bangun dari katil lagi di sebabkan keadaan abah yg terlalu lemah. puas ma ke sana sini berubat kampung, tp semuanya tak menjadi...mungkin ubatnya tak serasi dengan abah.. iqah, adik bongsu aku langsung tak ke sekolah lepas dr UPSR hari tu di sb kan keadaan abah yg makin teruk. ma tak pandai drive kete, apalagi nak bawak motor.so, iqah hanya stay kat umah dan membantu ma utk menjaga abah. so, di sebabkan keadaan abah yg teruk..adik aku pulang ke kelantan dan hantar abah, ma dan iqah ke HUSM di Kubang Kerian. sejak tu, ma stay kat hospital sampai ke hari ni. Keadaan abah makin hari makin teruk. abah hanya bergantung pd susu yg di masukkan melalui tiub 5x sehari. Leher abah telah pun ditebuk gara2 sesak nafas dan bengkak yg melampau di leher abah menyebabkan saluran pernafasan abah tertutup hampir 98%. Bengkak abah makin teruk dari hari ke hari dan radioterapi yg dijalankan ke atas abah lgsg tak menunjukkan apa2 yg positif setakat ni.

Akan Bersambung, in shaa Allah...




No comments: