Pages

Followers

Saturday, December 15, 2012

Resepi Kuah Kacang Dal (ajaran mummy ^^)

Kuah kacang dal ni fav mr hubby. Jom kite belajar :

Bahan-bahan masakan:
1. Secawan Kacang dal
2. 3 tangkai daun kari
3. Sesudu besar rempah jintan manis Baba's
3. 3 ulas bawang putih
4. Selabu bawang besar dihiris dadu
5. 2 sudu besar cili boh
6. Seinci halia ditumbuk halus
7. Sebiji lobak merah
8. Beberapa ketul kentang

Cara-caranya:
Rendam kan kacang dal selama 1/2 jam. Rebuskan kentang dan lobak sehingga empuk. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan juga cili boh sehingga garing iaitu pecah minyak. Masukkan daun kari dan tunggu hingga garing sedikit. Kemudian masukkan kacang dal yg telah dibasuh dan masukkan air supaya kacang dal benar2 masak. Kemudian setelah kacang dal sudah lembut, masukkan kentang dan lobak yang telah empuk tadi ke dalam kuali dan perasakan secukupnya. Siap. ^^ selamat mencuba.


No comments: