Pages

Followers

Saturday, January 26, 2013

Berakhir derita abah (21012013)

As salam..

Kronologi detik pemergian abah:

14hb Januari 2013 : Appointment di Pusat Rawatan Islam Dr Badiri Tukiman @ Kota Kemuning
16hb Januari 2013 : Abah bertolak balik ke Jeli dari Shah Alam
17hb Januari 2013 : Abah masih mampu mengengsot keluar rumah untuk menikmati detik terakhir udara segar @ Jeli
19hb Januari 2013 : Abah tidak mampu membuka kelopak mata. Tak sedarkan diri.
20hb Januari 2013 : Abah dimasukkan ke wad @ Hospital Jeli.
21hb Januari 2013 :
0530am : tangan dan kaki abah mula sejuk
0600am : sinar mata abah makin pudar
0800am : abah disahkan meninggal dunia.

innalillah..

Derita abah..
bukan sekadar terpancar dari raut wajah
malah, terpampang di sekujur tubuh abah yang dulu gagah mengerah keringat
yang dulu punya otot gagah
kini hanya tulang dan sekeping kulit yang melitupi tubuh yang derita
abah yang dulu kuat berdiri dan mengangkat barang2 besi
kini hanya mampu berpaut pada anak2 dan isteri
malah di saat akhir abah,
abah hanya mampu mengengsot mengheret diri yang kurus kering menderita akibat barah
abah yang tidak lagi mampu menguruskan diri
tidak lagi mampu menelan sebutir nasi 
tidak  lagi mampu mengukir senyum pada aku
tidak lagi mampu bergerak bebas ke sana ke sini

abah adalah cinta pertama yang hadir dalam diriku
yang selalu pertahankan aku
yang tak pernah berhenti cintakan aku
yang selalu menjadi teman borakku
abah yang selalu mengusikku
membelaiku seolah2 aku adalah anak kecil abah
seperti selalu..

berakhir derita abah
di pagi yang syahdu
perginya abah bersama redhanya abah pada barah yang menguji
abah yang tetap mengusap lembut belakangku disaat abah makin tenat
abah yang tak pernah merungut ketika abah diuji dengan kesakitan yang teramat
abah yang tak pernah berhenti mengungkapkan
"banyak nya dosa abah, sampaikan Allah uji abah dengan penyakit ni"
kuatnya abah bertahan untuk bersama kami anak beranak
dan berakhir sudah derita itu 
bila Allah tarik kembali nyawa yang tersisa pada jasad abah
pada jasad yang redha
jasad yang tabah dan kuat dengan ujianNYA

Ya Tuhan,
jangan KAU sakiti jasad dan roh abah
kasihilah abah sebagaimana abah kasih dan cintakan aku di saat hidup abah
KAU tempatkan abah di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
juga di kalangan orang2 yang sabar dan tabah dengan ujianMU
KAU jadikan lah kubur abah sebahagian dari taman2 syurgaMU
amin Ya Rabb..

Al-Fatihah buat abah yang tercinta
in sha Allah
kita akan bersama jua di akhirat sana


4 comments:

Sfarlina said...

takziah. rse sedih baca post ni.. semoga abah kamu berada dlm golongan beriman. amin. al-fatihah.

Pn. Akmar said...

in sha Allah...terima kasih...aminnn.. :,)

yan@awek hadi said...

al-fatihah untuk arwah.. semoga arwah di tempat kn di kalangan orang2 yang soleh..

Pn. Akmar said...

aminnnn yan...terima kasih :,)