Pages

Followers

Sunday, January 27, 2013

Faktor-faktor Kanser pada abah



As salam.. 

Emosi dan derita pesakit kanser memang sukar untuk digambarkan. Mungkin dulu orang ramai berfikir yang kanser merupakan kes yang jarang sekali berlaku di Malaysia. Tapi hakikatnya, kanser semakin menular di kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja pada orang2 yang berusia 40an ke atas, malah kanak2 seawal 9tahun sudah ada yang menderita penyakit ini. 



Bagi yang tidak pernah berada di kalangan pesakit kanser, mungkin yang tidak pernah ada ahli keluarga yang menderita kanser tidak tahu apa yang dasyatnya penyakit ini. Aku dilahirkan di dalam keluarga yang mempunyai sejarah kanser. Arwah atuk yang meninggal akibat kanser darah yang juga dikenali sebagai Leukemia, arwah mak long yang meninggal akibat kanser rahim, juga arwah abah yang meninggal akibat kanser lidah juga pakcik aku yang masih lagi bertarung nyawa dengan kanser tekak. 

Punca utama yang aku yakin adalah:
  1. Sejarah kanser di kalangan keluarga terdekat.
Banyak faktor2 lain yang membawa kepada pengaktifan sel2 kanser di dalam tubuh pesakit yang menjadi punca kepada kes kanser di seluruh Malaysia. Faktor yang aku yakin memberi impak besar kepada abah adalah:
  1. Amalan pemakanan harian
  2. Gaya hidup sihat (senaman 3x seminggu etc)
Abah merupakan seorang bekas tentera dan sangat aktif di sepanjang hidup abah. Dan aku yakin, kehidupan abah yang aktif dan lasak tidak mempengaruhi kenapa abah mendapat kanser. Tetapi sepanjang hidup abah sedari aku kecil lagi, abah memang perokok yang tegar. Dan ini aku percaya mempengaruhi kanser abah. Ditambah lagi abah merupakan salah satu peminat no. 1 maggi. Tapi aku tak pasti samada maggi ni memberi kesan atau tak kepada pertumbuhan sel2 kanser pada abah. Mungkin ye atau tak. Abah juga tak suka makan buah-buahan. As we know, buah2an memang mengandungi antioksida yang tinggi yang mampu melawan sel2 bebas yang boleh mengaktifkan sel2 kanser di dalam tubuh manusia. Abah juga merupakan penggemar gula putih. Kenapa? sebabnya, abah amat jarang minum air kosong. Selalunya air yang abah minum adalah nescafe, kopi dan juga teh..Aku pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa gula putih mampu mengaktifkan sel2 kanser di dalam badan kita. Dan aku yakin, faktor2 kat atas banyak contribute to tounge cancer yang abah deritai. 

Kesimpulannya, apa yang kita makan dan buat akan memberi impak kepada tubuh badan kita. Apa yang kita makan hari ni, akan memberi kesan yang amat besar kepada kita secepat 5 tahun, 10 tahun atau 20 atau 30 tahun akan datang. Cuba tanya diri sendiri..apa yang kita makan hari ni? adakah cukup 8 gelas air kosong sehari? cukup exercise 3x seminggu? banyak ke tak makan buah2an? adakah anda peminat fast food?? suka minum air karbonat? Tepuk dada tanya selera..


 

No comments: