Pages

Followers

Wednesday, January 2, 2013

Wanita VS Kereta




Salam..

Seperti yang kita ketahui, wanita dan kereta memang sinonim dengan pelbagai kutukan yang selalu kaum adam gunakan sewaktu driving. Yang kononnya kaum kita lah penyebab traffic jamm area selangor ni..konon je la :P. kalau nak ikut ayat yang senang, kaum adam selalu kutuk pemandu2 hawa kononnya:



" Lembab la kereta depan ni, huh dah agak..perempuan!! "
" Oiiii, nak makeup ke, nak driving???!!! "
" Parking senget benget, mesti perempuan ni...*sighhh "
" Nak parking pun slow ke, mak cik??? "
" Aduhhhh minah ni, nak masuk side parking pun tak reti ke?? "
" Macam mana boleh naik sampai ke tengah divider jalan tu? ni mesti perempuan yang drive... "

Tapi hakikatnya, lelaki bawak kereta bukan lah hebat sangat pun :P pernah sekali berlaku situasi ni kat aku :

Situasi 1:

On the way ke ofis, terdapat satu traffic light yang memerlukan aku menunjukkan skill U-Turn aku yang hebat. Setiap pagi aku memang tak pernah kalah untuk membuat U-Turn cantik dengan Mr. V aku yang penuh bergaya. hahahah...tibe2 satu hari, aku terlewat ke ofis..disebabkan jamm yang menggila dari arah tol Damansara menuju ke SPRINT highway. Aku memecut laju menuju ke Surian Tower melalui shortcut. Then tibalah aku di traffic light U-Turn tersebut..lampu hijau cantik je depan mata aku..entah kenapa lane kanan yang sedang aku beratur ni teramatlah slow, tiba turn aku. Lampu dah kuning. Aku bengang. Di depanku dengan machonya seorang jejaka berkaca mata hitam (Ray Ban konon... :P) membuat U-Turn dan aku membontoti rapat. Tiba2, jejaka tersebut mengundurkan kereta tengah aku syok membontoti kereta nya. Tak lepas nak U-Turn????!!! Hampeh..naik Satria Neo yang macho gile, U-Turn tak lepas. waduuhhhh..Bengang aku. Aku dengan laju memotong jejaka dan mengambil alih lane kanan. Aku hentak hon dengan tangan kecik aku dan mengaumlah hon Mr.V yang kuat dan panjang. Dengan pantas aku menurunkann cermin kereta disebelah kiri. Korang agak, apa yang aku buat??? Dengan muka bengang nya, aku angkat tangan dan  cakap kat jejaka tu..

" Oiii..harap je jantan..U-Turn pun lepas !! "

hehe bila ingat balik rasa macam..
oii beraninya aku. mujur mamat tu tak kejar dowh
kalo tak..dah kena balun dah mulut comel aku nih. @_@

kesimpulannya dari cerita di atas:

Pemandu LELAKI tak de lah bagus sangat di jalanan pun :P buwek
kalau nak masukkan banyak situasi,
lebih dari 10 pun aku boleh kasik
malas je.. tapi yang aku respek kalau bab driving ni of course abah tercinta.
abah sangat pandai drive.
dan aku ni boleh nak kata 100% driving follow sebijik macam abah aku
takde lah terror sangat pun.
sikit2 okay la..
tapi bila tengok driver lelaki yang tak lepas nak buat side parking
driver lelaki yang tak lepas U-Turn
driver lelaki yang drive entah apa2 kat jalan
macam tak macho plak..
heh..!!!

pernah sekali berlaku situasi ni pada aku:

Seorang pak cik menaiki motosikal bersama mak cik merangkap bini tercinta. Beliau membontoti rapat dengan Miss N sedangkan aku sudah beberapa kali bagi signal yang aku nak masuk parking. Maybe pak cik tersebut tak budget aku nak buat reverse parking dengan tempat yang sempit tersebut. Then pak cik tu angkat tangan dan membebel2 marah aku. Aku lambaikan tangan aku suruh pak cik tu lalu je depan aku..memandangkan jalan sangat la luas masa tu. Jalan la kalau nak jalan, pak cik naik kapcai je kot. lepas la tu..sambil memberikan lambaian suruh pak cik tu lalu depan aku. Then, suami aku membebel. "Apa ingat bini aku tak reti parking ke??" sambil menggeleng2 dekat pak cik tu. Baru aku tau, rupa2 nya pak cik tu mencarut marah kat aku. huh..apa ingat perempuan tak reti parking?? aku mengerling ke arah suamiku... tergelak2 kecil dengan karenah suamiku. 

Kadang2 bila aku jadi co-driver, suami tak pernah bising2 kutuk perempuan yang tak bape terror nak drive. Pernah jugak aku tanyakan suamiku, kenapa? Then suamiku cakap..tak semua perempuan tak terror drive, dan tak semua lelaki pandai drive...kan??? hahaha...tapi kalau aku yang jadi driver, kalo tang yang slow tak hengat tu, memang aku angin jugak la. apalagi kalo driver lelaki. Then yang selalu meluncur laju dari mulut aku adalah:

" dik...agak2 kalau tak lepas nak bawak kereta lagi..tampal la P. baru orang tau, awak baru belajar kereta.."

tak gitu??

ok..jom praktis bawak kereta secara berhemah dan dalam masa yang sama hebat di jalanan.
bukan untuk berlumba ye. tapi untuk melicinkan pergerakan kita semua di jalanan. 
praktis make perfect. kalo tak bape nak terror parking, 
belajar parking sampai terror.
 jangan malu nak parking dan ambil masa yang lama untuk masuk parking cantik.
lama2 nanti okay la..daripada tak mencuba langsung sampai pandai kan?
aku dulu pun berejam jugak nak masuk side parking.
apalagi yang sempit2..
tapi tak pernah jemu nak cuba sampai la terror.

dulu bila tengok lelaki bawak kereta masuk parking pakai sebelah tangan je, rasa macam walaawei macho nya..so aku praktis driving pakai sebelah tangan. so far Alhamdulillah.. aku takde masalah nak drive ngan satu tangan..time kat corner ke..time parking ke...smooth je..tapi tu pun ambil masa lama jugak nak terror. yang penting tak malu dan usaha hingga achieve. kannnn??? 

perempuan pun terror kat jalan..macam lelaki...
:)

No comments: