Pages

Followers

Saturday, April 6, 2013

Diari Imran Rasyidin: Minggu 8

Salam,



~ Minggu ke 8: Genap 2bulan ~

Alhamdulillah, IR (Imran Rasyidin) sudah genap 2 bulan semalam. Banyak perkembangan IR yang kadang2 membuat aku sangat2 teruja. Seriously, kadang2 aku nak sangat supaya Allah swt perlahankan masa buat seketika, supaya dapat aku rakam setiap detik perkembangan IR dalam memori indah aku. 

Sungguh saat yang paling membahagiakan aku saat ini adalah bergelar seorang ibu..huh..tengok, dah menitik air mata ni saat ini..huhu :,) sungguh berbaloi setiap urat aku yang putus saat bersalinkan IR, sungguh tiada tandingnya kebahagiaan yang aku alami sekarang dengan kesakitan yang aku tanggung saat bersalin.. :,) air mata yang sangat2 bahagia dan bersyukur atas nikmatnya..amin ya Rabb..aku bersyukur atas rezqiMu..atas amanah yang KAU turunkan buat aku suami isteri..

Progress IR sangat2 cepat sebenarnya. Utamanya dari segi fizikal. Ramai orang menegur yang IR tak seperti bayi lain yang seusia dengannya. Badannya yang tegap dan keras, malah IR sudah pandai mengangkat kepalanya bila aku letakkannya di dada aku. Kalau dari segi berat, just imagine..masa mula2 IR keluar ke dunia ni, berat IR hanyalah 2.68kg..then masa 1st check up, IR dah gain ke 4.0kg in just 1 month. Malah tingginya pula dari 48cm terus naik ke 55cm. Laju kan?? Mujurla membesar kat luar, bukan kat dalam.. kalau tak haru jugak ummi nak meneran besar2..hehe

Dalam minggu ni, banyak yang IR sudah belajar. Bila berdua kat rumah dengan IR, IR sudah bijak untuk menggerakkan matanya mengekori pergerakan aku. Kadang2 sampai terteleng2 kepalanya mengekor gerak geri aku yang sibuk ke sana ke mari mengemas rumah. Al maklumlah, maternity leave tak abis lagi..15hb baru start kerja. Sekarang ni 24 jam jaga IR dan jadi suri rumah sepenuh masa. 

Yang paling aku tak lupa adalah bila aku tegur IR pagi tadi..IR tersengih2 sambil memandang aku. Ya Allah, macam nak gugur jantung aku tengok senyuman IR. Boleh imagine tak perasaan tu? Bukan tu saja, kadang2 bila tengah tukar nappy IR, aku selalunya akan bersembang2 ngan IR..dan kadang2 unexpectedly IR akan jawab dengan girangnya..bukan selalu moment ni muncul..tapi walaupun hanya beberapa saat, senyuman dan teguran IR betul2 menyentuh hati aku.

IR memang sangat manja dengan aku. Suka dipeluk terutamanya masa nak tidur atau duduk atas katil. Suka manja2 atas riba aku. Masa dalam pantang dulu, IR suka duduk atas riba neneknya sambil tengok TV. hehe pandai betul IR anak ummi..kecil2 dah pandai tengok TV..tapi kalau kat Shah Alam ni, aku memang tak tengok TV. Melainkan kalau ada cerita yang aku follow. Kalau tak memang tak bukak pun. IR cukup suka kalau aku buaikan tidur dia dengan tepuk2 bontot dia sambil humming lagu melayu lama..alaaa lagu bawang putih naik buaian tu..Laju laju buaiku...hehehe..lagu tu la. try tengok kat link tu aku dah carikan kat youtube. hehe .kalau tak pun aku selawat ke nabi banyak2..

Actually IR memang tak banyak karenah melainkan kalau dia berak or kembung. Kompom bagi susu pun tak nak, manja2 pun tak nak. If let say, kita baru je tukar nappy within 10min macam tu, then IR berak...dia akan terus merengek2 mintak tukar nappy lain. Jangan nak berangan tunggu 30min la..kompom kuat suara IR bergema dlam umah ni ha selagi tak tukar. 

Kalau bangun je tidur, cepat2 la suakan susu ke mulut IR. Kalo tak, IR menjerit kuat sangat2 sebab lapar. Kadang kalau time tidur tu, aku akan terjaga bila IR dah mula gerak2 kan badan dia, kalau tak pun IR akan nganga2 mulut sebab tekak kering. Siap boleh dengar lagi kot IR dok main2 kan mulut dia mintakkan susu. Dah lama baru la dia akan nangis kuat2. Tapi kalau bangun je tidur terus nangis tu, kompom dah lapar sangat2 la tu. hehe Masa dalam pantang dulu, aku tak tau pun apa beza dia nangis..bagi aku kalau dah nangis kompom nak susu...rupa2nya tak..mak aku dok bising2 sebab asyik bagi susu je..hehe :P

Waktu malam banyak bayi2 yang buat oerangai tak nak tidur. But so far, alhamdulillah..IR sangat behave.. time yang selalu dia bangun kalau nak nyusu adalah pukul 3 lebih..kadang2 dia akan menyusu lama betul..nak dekat setengah jam jugak la...then terus lepas susu, letak je balik kat atas tilam dia..terus lena..time yang satu lagi adalah dalam pukul 6 pagi..kadang2 IR menyusu sekejap sangat..7 min da stop..terus nak tido.. suakan susu pun buat tak tau je..hehe 

Sekarang disebabkan aku dah tak lama lagi nak start keje, aku dah mula campurkan susu botol dekat IR. Tapi tak banyak. Dalam 5 oz sekali prepare..2x sehari la paling banyak..depend pada keluar rumah ke tak. Kalau kuar rumah, aku akan bancuh siap2 then backup dalam beg. Kalau line clear aku bagi susu badan je.. macam tadi kuar g IKEA, aku bagi susu botol sampai licin 5oz in just 1 hour..then die tido balik..lepas pada tu, bila aku tukar nappy baru...aku susukan susu badan pulak. Tapi hari ni susu botol minum 1x je. Masa amik hubby tadi, sampai je UiTM, terus hubby take turn drive..aku pun menyusukan IR. Lama jugak la..
Susu badan alhamdulillah memang banyak..so nanti dah start keje kena backup bawak pump jugak la.. takut bengkak tak leh nak buat keje..So nanti boleh bekalkan kat makcik pengasuh..Niatnya nak menyusukan IR sampai cukup 2 tahun...aminn..

ok laa..mata dah makin penat ni..dari tadi asyik menguap je..penat shopping kat IKEA..hehe 

nanti aku gi check up untuk 2nd month next Monday..aku akan update current weight ngan height IR ok?
sampai jumpa lagi di Minggu ke 9 :)



No comments: