Pages

Followers

Thursday, April 4, 2013

Kedai baby area Shah Alam: Baby Carrier & Baby Wrap.



Salam,

Sebagai seorang ibu pada usia mencecah 27 tahun, aku berasa sangat2 bersyukur. 
Antara sebabnya adalah aku yakin masih ramai lagi wanita2 yang sebaya aku masih mencari calon suami. But alhamdulillah, jodoh aku datang tepat pada waktunya. Malah aku mengandung setelah 6bulan berkahwin pun, tepat pada waktunya. Rezeki kerja yang datang setelah morning sickness berlalu pun aku amat bersyukur. Sebab morning sickness aku teruk jugak la. 

Setelah berkahwin, banyak yang berubah. Mungkin jugak aku berkahwin dengan niat Lillahi Ta'ala. Nak kata cinta tu, bukan 100% la sebab cinta kan boleh dipupuk?? So, aku teruskan jugak untuk berkahwin dengan hubby aku dengan keyakinan, kesungguhan dan ketelusan hubby aku pada aku. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah swt kurniakan buat aku, suami yang baik dan penyayang, rumah tangga yang bahagia, anak yang comel, bijak dan aktif, mentua yang sangat sporting dan caring, ipar duai yang baik2, malah aku ada ibu yang hebat, juga arwah abah yang tak berbelah bahagi cintanya pada aku. 

ok. sesi bersyukur tamat. :) hehe

jom bermula dengan topik: 

Baby Carrier VS Baby Wrap

Boba Carrier ( Kangaroo ) - Click Image to Close

Baby Carrier

BOBA WRAP PURPLE - Click Image to Close

Baby Wrap or Baby Sling

Actually aku nak beli something untuk bawak baby. Yang paling senang nak ke sana sini. Tolak tepi stroller sebab hubby cakap leceh kalau pakai stroller. Dah la besar satu, nak kena tolak ke sana ke mari. Kalo baby carrier atau wrap ni. Senang, dah melekat kat badan. Senang untuk hubby sangkut je kat badan dia. Sekarang tengah usha kedai2 baby area Shah Alam. Tak pernah pula shopping kat area Shah Alam kalau beli barang2 baby, sebab before ni semua beli ngan mother in law kat bangi. 

Antara kedai yang aku jumpa adalah:

1. Mumdreams kat area Sek. 20.
Kedai ni pun ada kat Bangi, kat Shah Alam ni kiranya branch la. Kat kedai ni ada jual dua2, Baby carrier ada, baby wrap pun ada. Tapi dua2 jenama Boba. Baru first time nak beli tapi tak tau la mana jenama yang elok. Tapi yang bezanya bagi kedua2 nya adalah harga. Baby carrier tu harganya rm418 dan baby wrap just rm188 je. Kalau ikut budget better baby wrap la. Tapi kalau baby carrier kita boleh pakai kat belakang atau depan. Cara2 nak pakai boleh straight ke link kat sini. Plus, baby carrier ni siap ada tempat sangkut mainan dan juga tempat letak purse kita. Senang nak shopping. Tak yah dok sibuk2 nak ambil purse kat handbag.

2. One Baby World kat Laman Seri Business Park, Sek. 13
Kat kedai ni pulak memang ada bermacam jenis pilihan untuk kita travel bersama baby. yang murah pun ada, yang mahal pun ada. So boleh pilih yang mana ikut keperluan dan budget masing2. Bukan saja ada baby carrier ngan baby wrap, hipseat pun ada. Malah banyak lagi benda2 lain yang boleh anda shopping. 

3. Motherkidz kat Sek. 7 
Kedai ni macam tak ada pulak baby carrier ngan baby wrap. Yang ada stroller ngan car seat. Tapi sangat dekat ngan umah compared to kedai2 lain. 

kalau nak g shopping complex pun banyak. SACC mall yang ada kedai Anakku ngn Little Haven. kat Alam Sentral tak usha lagi. hehe..

Sambung nanti ye.. wink2


No comments: