Pages

Followers

Monday, April 8, 2013

Kue Tiew Goreng SIMPLE resepi mama

Salam,


Setelah cubaan demi cubaan,akhirnya tarraaa...menjadi juga resepi yang ma ajar..hehe
Nak cuba masak resepi simple ni? Jom kite tengok:

Bahan-bahannya:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 sb lada giling
1 sb sos cili Life
1 sb sos tiram
2 sb kicap
Ayam bahagian dada (dipotong kecil2)
1bungkus kue tiew (dibasuh dan toskan)
beberapa batang sawi
Sebijik tomato besar
2 biji telur

Cara-caranya:
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat dan ditumis ketiga2 bahan tersebut termasuk lada giling. Gorengkan tumisan tersebut sehingga pecah minyak dan masukkan potongan ayam dan masak sehingga potongan ayam tersebut masak. Kemudian, perasakan tumisan dengan sos cili, tiram dan juga kicap diikuti dengan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Masukkan batang sawi dan tunggu beberapa saat sebelum diikuti dengan kue tiew. Masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering bagi melembutkan kue tiew tetapi pastikan agar air tidak terlalu banyak yang boleh menyebabkan hidangan menjadi lembik.Masukkan tomato dan daun sawi diikuti dengan pecahkan telur kedalamnya. Kacaukan hidangan bersama telur tadi. 
Siap untuk dihidang.

Senang kan?? Resepi ni memang simple je..tapi nak jadi bukan main susah lagi..
So kepada beginners kat luar sana yang baru nak belajar..
cuba la resepi ni..kalau tak jadi try lagi sampai berjaya sb kalau nak goreng ku tiew ni kena pandai balance rasa..kalau tak balance tak sedap..hehe :)

daaa.. 



No comments: