Pages

Followers

Friday, April 5, 2013

Mengandung VS kenaikan berat badan

Salam,

Mengandung memang merupakan pengalaman yang amat membahagiakan bagi seorang wanita. Apalagi bila kandungan sudah mencecah seawal 6 bulan yang mana pergerakan baby sudah mula dapat dirasai oleh si ibu. Seriously, being pregnant memang cukup mengujakan. Walaupun pengalaman morning sickness yang agak teruk, kaki yang bengkak, belakang yang sakit, jalan pula terkangkang2, turun tanda bersalin, pengalaman diseluk, malah kesakitan di kala contraction yang tak terbayang sakitnya, pengalaman digunting dan pelbagai lagi. Aku tetap tegas mengatakan aku bahagia melalui segala2 nya dan kini bergelar seorang ibu.

Mengandung dan berat badan memang amat sinonim. Kenapa? Sebab kompom naiknya berat badan. Just imagine, lepas pada morning sickness yang aku alami genap sebulan sepanjang Ramadhan 2012, berat aku jump ke 45kg je. Masa tu, selera makan hanyalah 0.5%. Sesenduk nasi pun aku tak mampu nak telan masa tu, belum lagi terhidu ikan yang direbus, kambing yang dibakar, ayam yang digoreng..semua aku muntah. Yang paling kelakar, bau kentut pun aku boleh muntah. Seriously. Unexpected thing yang korang rasa tak mungkin akan buatkan anda mual. Anda akan mual masa pregnant. Hehe aku tengok family in law aku makan masak lemak perut pun, aku muntah. Itu diorang yang makan, bukan aku. Yang paling kelakar, masa morning sickness, hubby aku langsung tak leh tipu kalau makan kambing or lembu kat luar, sebab dari jauh lagi aku akan bau. Asyik kantoi je hubby. Tak leh blah..hehe :)

Lepas habis je morning sickness during 1st day Raya Puasa 2012, aku melantak tak hingat. Dari 45kg berat aku, then last timbang before bersalin, berat aku naik ke 57kg. Aku naik almost 12kg. Kiranya sikit je la tu. Kakak2 ipar aku naik sampai 60++ kot. Lagi dahsyat. Tapi seingat aku, sepanjang checkup kat klinik desa Padang Jawa, aku lah yang paling ringan. Actually BMI aku memang jarang ideal. Selalunya tak cukup berat la. Ringan sangat. But then, bila dah naik masa pregnant dah jadi ideal la berat aku. 3 hari lepas bersalin, during confinement aku timbang berat aku dh turun 51kg. Dan dalam masa sebulan menyusu anak sepenuh masa, aku turun ke 48kg. Huh, back to normal weight.

Tapi tak kisah la, masa mengandung nak makan apa..korang bedal je. Tak yah nak pantang2. Sebabnya bila dah bersalin, kita breastfeed anak in sha Allah laju je berat turun. Dan lagi satu jangan lupa bengkung perut betul2 masa pantang. Sebab kalau malas, nanti perut dah tak kembali normal macam zaman bujang2. Penting tu. hehe :) alhamdulillah berkat pakai bengkung sendayu tinggi yang berikat dari dada ke peha, berjalan sempit2 sampai nak jatuh, siang malam kena ikat..haha perut aku dah slim :) puas hati betul la. Hubby pula dok memuji je, "sayang ni maintain je b4 ngan after, orang lain bila dah beranak, berat semua da naik..badan dah chubby, baguslah kalau maintain " sambil tersengih2.. Masih aku ingat masa pregnant, hubby dok risau takut aku chubby lepas bersalin. Dia oncit tak pe pulak :p

Ok lah. Mau tips untuk kembali kurus lepas bersalin? Tunggu entry lain ei..hehe :)

No comments: