Pages

Followers

Wednesday, April 10, 2013

Tips mencari Hospital bersalin bagi Wanita ISLAM

Salam,


Bagi ibu mengandung yang beragama ISLAM, aku percaya ramai yang akan gugup bila memikirkan saat2 yang akan mereka tempuhi saat melahirkan bayi mereka. Sebab utamanya adalah ramai yang tak dapat nak mengelak dengan disambut doktor lelaki. Begitu juga aku, saat aku mengandung beberapa bulan yang lalu. Keluh kesah aku memikirkan saat yang bakal tiba. Tapi alhamdulillah, sepanjang proses melahirkan bayi aku..tiada seorang doktor lelaki pun yang masuk menjengah ke bilik bersalin malah suamiku tetap setia berada di sisi aku saat itu.

Bersalin merupakan kesakitan yang hanya mampu ditanggung oleh kaum wanita. Sebab aku yakin, kaum lelaki tak sekuat dan setabah wanita untuk menghadapi detik2 itu. Mana mungkin Allah swt anugerahkan kepada wanita untuk bergelar ibu jika wanita tak cukup kuat untuk hadapi setiap detik yang mencabar itu. Wanita ISLAM percaya dengan melalui saat melahirkan bayi mereka, terhapuslah segala dosa2 mereka malah barangsiapa yang meninggal saat melahirkan bayi dan juga di dalam tempoh nifasnya selama 40 hari, maka Allah swt akan tempatkan mereka dikalangan orang2 yang syahid. aminn...


Aku melahirkan bayi aku di Hospital Serdang. Alhamdulillah, kesemua yang terlibat sepanjang proses bersalin bermula dari check bukaan hinggalah admitted to ward adalah perempuan. So, tips yang utama adalah seboleh2nya biarlah yang menyambut bayi anda adalah perempuan. Bagi yang berkemampuan untuk hire personal doctor, biarlah perempuan. Melainkan bagi orang2 yang tak berkemampuan. 

Tips mencari hospital untuk bersalin bagi Muslim:

1. Tiada doktor lelaki yang terlibat sepanjang proses kelahiran
(Kompom malu yang amat...doktor lelaki pulak gatai nak sambut baby kan??? huh...pun tak faham nape la dalam banyak2 doktor, nak jadi doktor gynae jugak?? jadilah doktor gigi ke. doktor hewan ke. nak jugak jadi yang dok nengok aurat perempuan..lelaki2..hmmm kalau bab ni laju je..haaa..kat Hosp. Klang banyak doc lelaki yang sambut baby.itulah nape aku tak nak ke sana...huhu )  

2. Bilik bersalin yang berasingan dan tertutup
(Haru jugak ni...ada certain hospital yang takde bilik khas untuk bersalin..just dihalang oleh kain2 je..yang ni lagi la buat aku menggelabah..dah la first time nak beranak..dengar pulak orang sebelah dok meneran, kena pulak yang meraung...adooiii...takut pulak jadinya)

3. Servis tip top 
(Boleh tahu melalui review blogger2 lain. Kalau kat area BB Bangi, selalunya orang akan pergi Hosp. Kajang..tapi aku refuse nak gi sana sebab takde orang review..takut servis teruk pulak..hehe)

4. Berdekatan dengan tempat tinggal anda 
(Tak pilih Putrajaya sebab kalau dari Shah Alam jauh pulak nak ke Putrajaya..Serdang ni betul2 tepi jalan otw ke BB Bangi..hehe banyak review cakap bagus..plus memang ada kawan yang pernah deliver baby kat sana dan cakap hosp. ni bagus)

Actually masa mengandung, aku banyak survey mana hospital yang dapat review bagus. Ramai orang review  Hospital Serdang ok..but then, semuanya atas rezqi masing2..ada yang kata ok..ada yg tak ok. Mungkin rezqi aku dapat nurse yang jaga aku, akak tu sangat2 la baik. Langsung tak marah aku yang dok mengerang2 kesakitan masa tu..siap boleh cakap ngan hubby lagi, "sakit bersalin ni memang luar biasa sakitnya..saya pun dulu sama jugak, apalagi anak sulung", kalau la dapat nurse yg garang..kompom da kena ketuk kepala aku...hehe

Antara pengalaman bersalin yang aku boleh share, boleh baca kat entry ni:

Still teringat pengalaman kak ipar aku bersalin di hospital kerajaan jugak. Masa tu ramai betul doktor pelatih lelaki katanya. Aku sangat risau. Mana la tau, aku pun mengalami saat yang sama. Serius, aku tak ingin ada lelaki lain yang bukan muhrim dekat dengan aku saat bersalin. Aku ingat lagi, bila orang tanya aku, "what if doktor lelaki yang sambut anak you??" dengan selamba nya aku cakap..kalau la ada doktor lelaki nak datang selup ke, sambut ke..awal2 aku halau keluar. kalau refuse nak keluar..aku terajang muka die...wacchhhhaaaa...!!! Nightmare kot kalau lelaki lain tengok aurat yang paling rahsia kita. Suami sendiri tak pela..

ok bai...nanti ada banyak lagi nak share. 
Nak review hosp. Serdang sekali..dan jugak pengalaman bersalin kat sana.. :)

No comments: