Pages

Followers

Wednesday, April 3, 2013

TIPS SHOPPING bersama si kecil seusia SEBULAN




As salam..



Semalam merupakan pengalaman pertama aku dan hubby shopping bersama anak kecil kami, imran rasyidin yang baru berusia 1bulan 3minggu.. Apa yang paling kelakar adalah shopping list yang telah kami suami isteri list kan punya la banyak tak hengat..But lastly, end up aku menunggu dalam kereta bersama imran. Tengah syok usha ni, usha tu...imran merengek minta susu..huhu mula2 boleh la dipujuk, dah lama2 kompom kita pula yang memujuk..hehe but seriously, seronok dan kelakar pun ada. Al maklumla, 1st time ada anak. Before ni shopping berdua je..

Actually, tak plan pun nak shopping barang umah. Masa dalam kereta hubby cakap straight ke kedai sek.19 la..but then, @9.30am still tak buka lagi kedainya ha...so, straight ke Carrefour untuk beli barang2 yang available kat sana. Stroller memang kompom tak beli lagi. Baby carrier pun takde. Ingatkan larat la nak dukung imran sepanjang shopping..last2, sampai je betul2 depan entry Carrefour, tangan dah lenguh. Then, dengan muka monyok nye tanya hubby, 

" bang, biar betol ni nak  dukung je budak ni? Dah lenguh tangan ni ha..." 

Adoi..hahaha terkekek2 la hubby tang tu jugak. Terpinga2 gak aku masa tu. just imagine. Masa check up sebulan aritu, imran naik 4kg dari 2.68kg. Itu masa sebulan. Sekarang dah 1bulan 3minggu. Huwaaa...memang haru la ummi nak ngangkat. Muka dah macam bola. Dah la ramai orang tak percaya imran baru sebulan lebih. Cepat betul anak ummi membesar ( macam ayah :p hehe mujur anak lelaki. )

Jom kita tengok tips shopping bersama si kecil seusia sebulan ++ 

1. Plan betul2 before decide nak pergi shopping.
Jangan main redah je tanpa bawak apa2 preparation ye. Nanti semua jadi kelam kabut. Takut nanti end up tak beli apa2. Hehe

2. Bawak bekal susu yang telah diperah @ susu yang telah dibancuh
Sebabnya, kita takkan tahu masa bila anak kita nak susu. Kalau tak bawak, or tak perah dulu dok mengharapkan nak breastfeed baby kat situ. Memang tak la kan? Malu kot nak breastfeed kat tempat awam, unless kalau ada breastfeeding cot. Lagipun, tak semua toilet ada sediakan space untuk kita duduk dengan tenang sambil breastfeed anak. Even kerusi pun susah nak jumpa kalau nak duduk. Kalau ada pun, malu kot nak breastfeed kat tempat awam tanpa cover. Huhu..

3. Bawak stroller ataupun baby carrier (sangat2 penting)
Kompom semua orang setuju ngan yang ni. Kalau tak de ni, susah sangat2. Melainkan anak kecil kita sangat2 ringan. Or bapak budak tak komplain untuk dukung baby sepanjang shopping...hahaha kompom la tak kan?? Actually, still tak decide lagi pun mana yang lagi senang nak pakai. Stroller or carrier?? Kena buat list dulu tengok which one is better. Lagi senang beli dua2 kan? Yang ada baru car seat baby je...yang lain masih tak sempat nak beli. Huhu kat kampung ramai aunties yang tolong dukung include nenek. Dah sensorang ni, alamatnya kita sorang la nak kena dukung. Unless kalau ada stroller or carrier, kompom hubby akan volunteer jadi life saver. Hehe

4. Bedung anak dengan selesa
Kenapa? Sebab takut tengah syok shopping anak kecil anda tiba2 meraung sebab sejuk or tersentak dari tidur. Macam yang semua tahu, baby memang selesa dibedung. Takde la baby kita tiba2 pula meragam kan? Terus tak jadi shopping. Lagipun baby ni, kulit mereka sangat sensitif utamanya dengan sejuk. Takut masuk angin, tak pasal2 pulak kembong perut anak kan? Lagi la meragam. 

5. Backup minyak Yu Yee dalam handbag.
Jangan lupa Pakaikan minyak Yu Yee cap limau kat perut, belakang ngan tapak kaki.
Ini supaya anak tak kesejukan dan juga terdedah ngan risiko kembung perut masa terdedah dengan aircond shopping complex tu. kalau imran, memang tak tahan ngan aircond. Kadang2 sampai muntah2 sebab kembung. Aircond kereta pun tak tahan. Apalagi kalau lama2 expose ngan aircond. 

6. Bawak breasfeeding cot (untuk yang breastfeed).
penting untuk keselesaan masa nak breastfeed. Itupun kalau tak bawak susu yang telah diperah la kan.
Cukup sampai di sini buat kali ini. Selamat bershopping ^^



 

3 comments:

yan@awek hadi said...

tahniah tie..selamat deliver.. Xde pn gmb babu nye...bubuh2 la..nk tunggu update blog lama nie...hehehe, eh..tie ad insta ke? Nk follow... ;)

yan@awek hadi said...

*baby...huhuhu

Pn. Akmar said...

Hehe...nanti ct bawak msuk dlm insta..ni ct punya, akmarramli..