Pages

Followers

Tuesday, May 28, 2013

Rahsia ramping selepas bersalin.

As salam..

Kecewa yang amat. Last masa pregnant, weight jump sampai 57kg. 4 days pas bersalin, timbang pulak turun 52 kg..nasihat diri supaya maintain. Ecece..Tengok2 bila dah sebulan imran, timbang lagi turun pulak 48 kg. sekarang? I believe, its already back to 45kg. Huh. Frust. Susah betul nak maintain berat kan? But seriously, kat ofis aku sangat kurang makan. Sebab nk kejar finish up kn keje before balik. Jarang sangat breakfast. Kadang2 tak lunch. Yang sedihnya, disebabkan kurang makan dan selalu skip meal, susu badan agak reduce la. Padan muka.huhu.

Ramai yg rekomen makan shaklee. Ada jugak yg rekomen makan natalshape utk ibu menyusu. Tapi membatalkan hasrat tersebut sebab Herbalife punya stok masih melambak. Bukan tak nak try, but need to finish up semua stok then baru boleh beli yang baru. Huhu. Actually, petua utk banyak susu badan bukan susah pun. Makan on time. Banyak minum susu. Makan foods yang high in protein macam tauhu or soya. Makan supplement. Banyak minum air kosong dan suam.

To get back normal weight pun bukan susah. Huhu. Puasa byk2. Kurus la. Ok. Tak semua orang senang nak kurus. Huh. Masa pantang. Sapu banyak2 minyak param kat perut then bekung kuat2 perut dari bawah dada sampai peha. Jangan pulak pakai yang separuh je. Sebabnya, nanti tak fit elok bekung tu. mudah jadi longgar. Untuk make sure badan cantik, pinggul tak kembang dan lebar, bekung sekali sampai peha. In sha Allah, badan akan reshape balik. Bile nak start pakai? Eloknya seminggu lepas bersalin bagi yang normal delivery. Sebab masa tu, jahitan dah okay. (: actually ada satu minyak param yang akma pakai, sangat mujarab. Tapi beli sebotol je. Tak cukup. Kalau 3 botol cukup la sampai abes pantang. Sebab bekung kena 2x kan? Pagi ngan malam. Akma bekung sampai 2 bulan lebih jgk..extend sampai 50++ hari. Nak cantik punya pasal dan takut perut menggelebeh tak cantik. 

Jom enjoy tengok pic2 kt bawah ni:


Ini la minyak param yang akma guna masa pantang. Sangat bagus. Cepat je perut mengempis. Kanan sekali tu. minyak ni made in kelantan. Tak juga lupa, scrub terbaik dari ladang utk hilangkan hitam2 kat perut dan hilangkan daki2 yg melekat kat belakang. Bukan tu je, lepas pakai je lulur kulit rambai ni rasa sangat segar, kulit sangat halus mulus. Memang rasa heaven habis. Hehe. Akma dapat direct dari kelantan. Berkilo2 buat stok kat umah. Senang. (: 


Bekung pulak akma pakai yang labuh macam ni. Memang ikat ketat2 sampai jalan pun terkedek2 macam penguin. Hehe. But seriously, memang perut ramping ditambah lagi bila letak minyak param tu. akma tabah sikit bab bekung2 ni. Tapi kalo bab nak telan ubat memang liat sikit. Hehe. Sebab akma tak suka ubat. Apalagi ubat hospital. Memang akma tak telan langsung. Vitamin masa mengandung tu pun, obimin ngan zat besi pn malas nak telan. Huhu. 

Alhamdulillah berkat bekung dan minyak param tu, perut akma dah get back to normal. Ramping seperti sedia kala. :) budak2 ofis pun cakap badan macam anak dara hokey :p huh. Padahal dah memang kurus kering kan? Huhu..ok la. Mintak diri dulu. Bai. Wassalam.. 

4 comments:

ct@m@n@qieem said...

sdang mncari podak brpantang...=)
salam perkenalan...

http://ctamanaqim.blogspot.com/

fify ramli said...

hi akmar...minyak param n lulur tu akmar bli kt klantan kn??kt mn ek??tgh bpantang gak..nk soh hubby cr kt sn..

huda saim said...

Assalam akmar..minyak param tu beli kt mana ye? Tgh mncari jgk ni.dulu anak 1st mmg guna skrg macik yg jual minyak tu dh xjual. Xtau nk cari mn dah.kl tau mintak akmar bgtau ye..nak prepare bersalin ni nt.

huda saim said...

Assalam akmar..minyak param tu beli kt mana ye? Tgh mncari jgk ni.dulu anak 1st mmg guna skrg macik yg jual minyak tu dh xjual. Xtau nk cari mn dah.kl tau mintak akmar bgtau ye..nak prepare bersalin ni nt.