Pages

Followers

Saturday, June 8, 2013

Kenapa susu anda merudum?

Salam..

Seriously, badan before bersalin ngan lepas bersalin sangat berbeza. Sakit badan, lenguh2 kaki ngan sendi, sakit belakang..macam2 rasa. Nak daki Broga Hill pun pikir 1000x ok? Huhu. Sehari2 aku memang suffer dengan sakit urat bagai. Masa tu baru la terpikir yang diri dah tua. Tapi baru 27tahun. Ok? Muda lg tu. :p

Actually, diri sangat risau dengan susu badan yang makin merudum. Semuanya sebab salah diri sendiri jugak. Nak tau kenapa?
1. Asyik skip breakfast ngan lunch terutamanya weekdays.
2. Sangat kurang minum air kosong suam. Asyik air manis je.
3. Tak buat pumping masa kat ofis.

Susu masa berpantang sangat melimpah ruah. Tapi masa tu tak reti nak buat stock lagi. Plus dok pikir kan macam mana nak transport dari Jeli ke Shah Alam. Then, memang takde stock. Masuk kerja dah start campur ngan susu Dutch Baby 0-12 month. Alhamdulillah, imran tak banyak ragam. Apa yang masuk semua telan je.huhu.

So, bila tengok susu makin merudum. Susah hati mula la datang. Sebabnya, niat hati nak susukan imran sampai 2 tahun. Walaupun campur2 dah, tapi tetap jugak nak susukan imran sampai 2 tahun. Penting penyusuan ibu ni. Yang tu mak akma selalu pesan. Lagipun, nak ikut jejak mak sendiri ngan kakak ipar yang gigih susukan anak2 nya.

Makan la vitamin berbotol2 pun. Memang takkan jadi kalau asyik skip meal je kan? Huhu..so, before nak makan vitamin. Kena ubah yang tiga kat atas tu dulu okay? Huhu...


No comments: