Pages

Followers

Monday, July 15, 2013

Dapur Ummi : Bread Pudding Cinta Kasih

Assalamualaikum..

Actually, aku tak de lah pandai masak sangat. Tapi, aku tetap nak share resepi kat vlog aku. Kan ni blog aku, takkan la ada orang nak kisah kan? Actually, aku buat simpanan aku. Nak tulis atas buku resepi malas. Then, aku tulis kat sini. Senang. Kalau nak masak next time. Tengok kat sini je. :p aku ni jenis yang nak masak apa2 cari resepi kat internet je. Tak pun buka buku resepi aku 101 masakan dari Chef Hanieliza tu. Selalunya, the best picture win. Haha. Asal tengok sedap je, aku follow la resepi tu. So hari ni, nak share resepi "Bread Pudding cinta kasih". Ecece...nama bukan main. Teringin sangat nak makan. Tu yang buat tu. Jom tengok bahan2 yang diperlukan.


Bahan2 nya :
Roti sebungkus yang pendek * roti Gardenia
Fresh milk satu kotak besar *aku pakai Dutch Lady lebih kurang 4 cawan
Gula secawan *tak penuh sangat pun. Tak suka manis
Butter *1/3 dari seketul butter je yang nak pakai
Telur *sebiji
Tepung gandum *2 sudu besar
Esen vanilla *1sudu teh
Serbuk cinnamon *1/2 sudu teh. Kalau tak suka letak sikit je.

Cara2 nya :
Gaulkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk besar. 
Then carik2 kan roti dan masukkan ke dalam  bancuhan dan gaulkan rata. 
Pastikan fresh milk tu dimasukkan secukupnya.
Kalau suka yang lembut, lebihkan susu.
Then masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan butter dan tepung.
Pastu bakar selama 30 minit pada suhu 200 deg.

Siap.
Kalau nak lagi sedap. Kita buat kuah kastard. Ummpphh.
Senang je.

Kuah kastard : bahan2 nya
Gula 4 sudu
Tepung kastard 2 sudu
Susu cair 3/4 tin
Air kosong 2cawan
Esen vanila 1 sudu teh

Cara2 nya:
Campurkan semua sekali, panaskan sampai menggelegak then tutup api.
Tunggu sejuk dan simpan dalam peti sejuk.

Siap. Boleh makan masa sejuk. Lagi sedap. Nyum3.


No comments: