Pages

Followers

Tuesday, July 23, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging

Assalamualaikum..

Masak makanan ni, sehari before puasa. 
Saja nak makan pedas2. 
Lepas gian. Hehehe
Lagipun, dah lama sangat ngidam nak makan masak lomak pedas2


Bahan2 :
500 gram daging lembu
Cabai burung 20 biji (sangat pedas okay)
Bawang besar 1 biji setengah 
Kunyit seinci
Halia 2 inci
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit
3 asam keping
Santan 1/2 kotak kecil
Mempelam ringan beberapa biji (kalau takde, asam gelugur, belimbing buluh ke)

*Air @ cawan

Cara membuat:
Daging dibasuh dan di toskan.
Masukkan daging dan bahan2 yang telah dikisar,
serai dan garam dan rebus sehingga daging lembut
Masukkan mempelam ringan, daun kunyit dan santan pekat.
Kacau supaya tidak pecah minyak.
Dah mendidih, rasakan garam dan sedia dihidang. 
Senang je. Di tambah pula dengan rempah kasih sayang dan selawat. ^^




No comments: