Pages

Followers

Wednesday, July 10, 2013

Diari Imran Rasyidin: 5 Bulan



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Imran dah genap 5 bulan. Perkembangan Imran sangat cepat bagi aku. Sekarang Imran dah pandai gelak2 terutamanya bila kita agah ataupun geletek perut kecil dia. Malah laju betul imran bolak balikkan badan dia. Sekejap meniarap, sekejap telentang. Sekejap sangat Imran membesar. Dah banyak tantrum. Kadang2 tergelak2 tengok karenah dia. Kalau dulu, time berjalan terutamanya time shopping barang rumah. Memang tak boleh duduk diam. Asyik buat perangai je. Sekarang, kalau bosan sikit mula la mengamuk. Dah sibuk asyik nak berjalan je. Kalau gi shopping ke mana2 ke, diam je pandang sini pandang sana. Dok perhatikan orang2 keliling dia. Kalau kat rumah, asyik nak di dukung je. Kejap ke sana, kejap ke sini nak layan kehendak dia. Kalau pegang pula asyik nak melompat aje. Sampai lenguh2 ni ha badan nak support badan si kecil ni. But, sangat teruja dengan perkembangan Imran. Budak bijaknya. Sangat cepat belajar. Aku ada belikan permainan macam pic kat bawah ni:



Laju betul Imran belajar main. Siap tendang plastik yang naik ke atas tu dengan dua2 belah kaki dia. Pastu bila bergegar semua permainan yang tersangkut tu, dia tangkap dengan tangan dia. hahahah... Gelak2 tengok karenah Imran. Seronok betul ada anak ni. hehe..

Sekarang, aku dah mula perkenalkan puri pada Imran. Actually baru arini aku start bagi makan puri. Bukan apa, Imran kerjanya asyik mengamuk je. Sebab lapar. Masa 4 bulan aritu pun sama, tapi masa tu aku just masukkan 2 atau 3 sudu kecil cerelac beras ke dalam susu Imran. But then, tengok macam tak function sangat sebab Imran selalu mengamuk. So, bila jumpa dengan family doctor, doctor cakap, if baby dah mula tunjuk reaksi positif kepada makanan luar macam buah ke ape, dah boleh start introduce la. Tapi dalam kadar yang sikit2 la. Bukan straight ke nasi la. Nanti aku share tips untuk tahu samada bayi kita dah ready atau tak untuk terima makanan pejal. :)

So far, aku masih lagi bagi susu badan kepada Imran. Tapi tak fully breastfeed la. Dah campur dengan susu formula. Malam je bila balik kerja aku akan bagi susu badan. Kalau hujung minggu aku akan campur la. Ok lah. Itu je untuk perkongsian kali ini. Sampai jumpa lagi untuk next entry. Salam.


No comments: