Pages

Followers

Sunday, July 7, 2013

Jom ziarah MELAKA.



Assalamualaikum..

Baru nak update pasal Melaka. Tapi okay la kan. At least ada jugak update yang aku boleh masukkan dalam blog ni ha. Bila bekerja ni, banyak je masa yang tak sempat nak terisi dengan berblogging. Asyik kerja je, balik umah nak tengok anak pula. Huhu.. Hujung minggu kalau FIL takde kat sini, baru la stay kat Shah Alam ni. Kalau tak kerjanya asyik balik Bangi je memanjang. Katanya, rindu kat cucu la. Al maklumlah, cucu sulung. Sayang lebih. huhu.. 

                                        --------------------------------------------------------

Melaka memang terkenal dengan bandar yang bersejarah kat Malaysia ni. Semua orang pun tahu. Kalau yang tak tau *hantuk laju2 kepala kat dinding tu ha. Bagi ingatan kembali pulih. huh. So, on June kali lepas stay beberapa hari kat sana. Tapi disebabkan Jerebu yang masa tu agak teruk jugak, so aku, hubby ngan imran just stay kat hotel je. Actually dah buat banyak research on tempat2 yang worth untuk pergi sepanjang kat sana. So, dah alang2 ada sikit2 ilmu untuk di kongsi. Apa salahnya kan?? hehe.. kalau tak nak dengar tutup telinga. :P macam boleh dengar pula. teheee.. 


Sape tak tau yang Melaka ada menara? Menara Taming Sari namanya. Menara ni tak de la sehebat Menara Twin Tower or Menara Kuala Lumpur. Tapi bagi aku, menara ni tetap memberi impact yang besar dan makna yang tersendiri buat Melaka. Dengar namanya je pun dah tahu, klasik2 gitu..macam nama2 dulu kala..Hang Li Po, Puspa Melati, Bunga Cinta Lestari *teeet....klasik gitu..hehe..but seriously, menara ni memang best. Sangat unik. Bila kita naik. Dia akan berpusing2 dari mula2 naik sampai la kat atas. Pusingan nya tu takde la laju. Slow2 je. Tak sampai pusing pun kepala tu. Bila dah ada kat atas tu, satu Melaka kita boleh tengok tau.  Menara ni terletak dekat je dengan Dataran Pahlawan. Boleh jalan kaki je. 





~ Menara Taming Sari ~

Then, kita ada Melaka River Cruise. Yang ni kalau gi waktu malam memang sangat best. View memang terbaik dari ladang. Dengan banyak lampu colour2 bagai. Mesti syok habisla. Dah macam dalam cite melayu lama pula. Ha, ce tengok gambar kat bawah. Kan cantik tu?? hehe






~ Melaka River Cruise ~

Tempat yang paling aku meronta2 nak gi adalah, Jonker street. Tapi dengar kata Jonker street dah nak tutup. Tak tau la sekarang apa cerita. Yang pastinya, Jonker street ni macam2 uols boleh dapat kat situ. Barang2 antik utamanya. Konon nak ke situ nak beli terompah yang comel2. Boleh pakai ngan kebaya masa raya nanti. Siap nak beli kebaya nyonya lagi tu ha. Pakai kain batik siap. huh. Tapi, jerebu punya pasal, langsung tak leh nak kuar. Kalau berdua je ngan hubby, boleh lagi la nak belasah. Tapi dah ada si kecik ni, tak berani main redah je. Kang jatuh sait pula si imran. Ummi ngan ayah pula yang susah hati. So, memang memerap je la sepanjang dok sana. Huu..






~ Jonker Street ~

Then, bercerita pasal makan2. Of course makan dan jalan2 tak dapat di pisahkan. Yang paling best kepada penggemar seafood. Jangan lupa ke Umbai. Menikmati juadah makanan2 laut yang amat menyelerakan. Seriously, memang sedap. First time gi makan, memang tertawan dengan makanan2 kat situ. Selalunya, kalau area Selangor ni. Tempat yang aku ngan hubby selalu gi adalah Jeram. Kalau tak pun area Banting yang dekat dengan Gold Coast tu. Dua2 sedap. Tapi menu yang order selalunya sama je la. Sebab ikut hubby order je kan. But masa kat Umbai aritu, makanan dia lain dari yang lain. Terutamanya, kerabu mangga. Memang terbaik. Siakap 3 rasa pun sedap yang amat. Yang paling semua orang jatuh cinta adalah asam pedas yang dihidangkan tu. Memang kecur air liur den. Tapi disebabkan imran asyik nak dukung je. So, makan terganggu jugak la. huhu dah la hubby asyik salah suapkan tulang je kat aku. Hampeh betul. Terus hati tawar je nak makan beria. Setakat jamah2 je ha. huhu frust lagi satu kat sini. 

~ Umbai, Melaka ~

Jangan lupa juga, gi try makan chicken rice ball yang glamour tu. The way, they serve chicken rice memang agak berbeza. Sebabnya diorang wat bentuk bolat2..comel je..The taste same je actually, but the ball shape tu amat unik. hehe kau ade?? Tak semua kedai yang serve tu halal tau. Make sure pilih yang halal. Yang kat area Hatten Square ada satu yang halal. Try la pegi. 



~ Chicken Rice Ball ~

Dan jangan lupa singgah basahkan tekak tu untuk merasa cendol Melaka yang glamour tu ye.
Oh my... terliur tengok ha. My favorite desert la ni. Cendol tapai lagi masyuk.. hehe..


~ Cendol yang menggiurkan anak tekak ~
*sila abaikan penyalahgunaan bahasa di situ..hehe :P

Ok la. Bagi aku, itu la yang paling best kat Melaka. Yang lain tu macam boring je. Bab makan ngan shopping memang nombir satu la kan. kata perempuan?? hahaha..tak dapatla nak dipisahkan dengan shopping. tak gitu?? Actually banyak lagi yang tak review tempat2 yang pernah pergi ngan hubby. Nanti ada masa, aku update pasal Penang, Bandung, Singapore, Sarawak. Okay la.. mintak diri dulu..

Thank you sebab sudi baca.. :)

Jom kita tengok pic sepanjang kat Melaka :






~ Bilik yang sumpah LUAS ~


~ Ummi dan Imran ~


~ Hubby and Imran at lobby hotel ~


~ Wall paper dari carpet yang gebu ~


~ Jerebu yang melanda Melaka ~


~ okay..that's me :P * gambar kecik dah ~

Lastly, my beloved son..muka tiut budak comel ni..
my adorable son.. masa ni umo baru 3bulan.
Sikarang dah 5bulan.. membesar dengan jayanya Alhamdulillah. :)


Hingga jumpa lagi di lain entry.. bai..

Salam..


No comments: