Pages

Followers

Wednesday, July 24, 2013

Penyusuan susu ibu dan kebaikannya

Assalamualaikum..

Photo: Imran makin manja. :( tido xleh lepas langsung.huhu asyik nk d peluk je.. Da pandai bersembang. Kdg2 gelak2 bile kite geletek perut die. Pe'el baru..asyik nk sumbat tangan masuk mulut je..

nama saya Imran Rasyidin..
ummi saya nak cerita pasal kebaikan penyusuan susu ibu..
jom dengar ummi membebel :P


Bagi seorang ibu, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang sangat ekslusif bagi si ibu dan anaknya. Bermakna hubungan yang terjalin antara si ibu dan anak itu, sangat istimewa. Tapi malangnya ramai ibu2 yang berkerjaya tidak mampu untuk melengkapkan penyususan susu ibu secara ekslusif iaitu penyusuan sepenuhnya selama 2 tahun ataupun sekurang2 nya selama 6 bulan penuh. 

Menyusu memerlukan ketabahan yang sangat tinggi bagi si ibu khasnya. Aku pasti, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memastikan keperluan susu anak sehari mampu kita penuhi, terutamanya bagi penyusuan ekslusif bayi lelaki. Sebabnya, seriously Imran sangat2 kuat menyusu. Even belum pun masuk 6 bulan, aku terpaksa topup dengan puri dan juga cerelac bayi. Disebabkan Imran cepat lapar, dan sangat suka menangis bila lapar. Aku terpaksa menyuap makanan solid seawal 5 bulan. huhu.. But so far, aku masih lagi menyusukan Imran tapi tidak sepenuhnya susu ibu. Dah campur. Okay. Tak cukup tabah. huhu

Actually, Islam sendiri menggalakkan kita menyusukan anak selama 2 tahun. Seperti yang dah tercatat kemas di dalam Surah Al Baqarah, ayat 233 yang berbunyi:


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” 
Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah Luqman, ayat 14 iaitu:


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan 
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), 
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; 
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; 
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

Susu ibu telah terbukti mampu memberikan banyak khasiat kepada si anak. Antara kelebihan2 yang ada bagi bayi apabila disusukan adalah:


Kelebihan Penyusuan Susu Ibu kepada Anak:


  1. Susu ibu memberikan impak yang sangat positif kepada pertumbuhan sel2 otak bayi yang mana perkembangan mental bayi akan berlaku dengan sangat cepat. Ada kajian yang membuktikan bahawa, susu ibu ni dapat meningkatkan tahap IQ bayi setinggi 5x lebih tinggi dari bayi lain. Ini akan memberi kesan yang besar kepada bayi yang mana bayi dengan penyususan susu ibu akan cepat dan mudah belajar berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula. 
  2. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang tinggi bagi ujian pergerakan pada usia 6 bulan. Cepat boleh meniarap, merangkak, bertatih dan berjalan.
  3. Bayi juga akan cepat menguasai bahasa. Seperti yang kita ketahui, bayi akan mula belajar penguasaan bahasa termasuk memahami perkataan dan perbualan kita seawal usia 6 bulan ke 3 tahun. So, masa ni la kita boleh menerapkan penguasaan bahasa ketiga bagi bayi samada nak straight speaking English, campur2 English dan Melayu atau tambah lagi dengan bahasa Perancis atau Jepun atau Mandarin dan sebagainya. Cara yang paling berkesan bagi bayi untuk mempelajari bahasa adalah melalui orang lain.
  4. Susu ibu juga terbukti mengandungi kandungan antibodi serta hormon-hormon yang tinggi yang mana ianya mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Malah, ianya juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang seterusnya dapat mencegah bayi kita daripada kanser
  5. Sistem imunisasi yang lebih jitu akan dapat dibina dalam badan anak hasil daripada pelbagai khasiat yang datang dari susu ibu itu sendiri. Penyakit2 yang mudah menjangkiti bayi seperti selsema, batuk dan demam.
  6. Hubungan antara ibu dan anak akan terjalin dengan lebih akrab apabila kita menyusukan anak. Ini kerana seperti yang kita ketahui, sepanjang proses penyusuan anak2 akan memandang mata kita sambil menyusu, dekat dengan jantung dan hati kita apabila didakap rapat ke dada kita. Ini akan memberikan rasa selamat kepada bayi malah bayi akan rasa selesa dan percaya kepada si ibu.
So, mungkin agak sukar untuk memberikan penyusuan susu ibu kepada anak. Tapi in sha Allah jika kita melakukannya ikhlas kerana Allah swt, in sha Allah Allah swt akan permudahkan semuanya. Tenang, usaha dan tawakal kepadaNya. :)

Salam..



1 comment:

SyimaSyaz said...

hi..

saya berjaya bf anak sampai 11 bulan sahaja tapi sekarang still bf cuma dah topup dengan freshmilk. sedih tapi bila puasa badan kurang air, susu kurang dan blame diri sendiri sebab tak rajin pam utk stok dulu..

tapi insyaallah for my future child, saya akan buat yang max terbaik n harap dapat bagi SI sampai 2 thn.. insyaallah..