Pages

Followers

Friday, July 5, 2013

Review: Hatten Hotel, Melaka

As salam..

Last week, akma, suami dan imran menghabiskan 3 hari 2 malam di Hatten Hotel, Melaka. First time actually, ke Melaka and stay kat sana. Tapi, akma dan keluarga hanya menghabiskan masa di hotel memandangkan waktu tu adalah musim jerebu. Sedih...but still, insyaAllah akan sekali lagi ke sana untuk spend time sepuas2 nya bagi menikmati negeri bersejarah tersebut. hoho. :)

 Jom tengok apa yang best di Hatten Hotel selama beberapa hari di sana:

1. SUPERB Bedroom
Actually, bedroom ni siap ada dua LCD TV. Satu TV kat depan bed, dan satu lagi kat area small living room yang ada sofa untuk lepak dan tengok TV. Dalam tu jugak ada rain and hand shower. Tak de la bathtub untuk lepak sambil tenggelam timbul ye. hahaha..(selalu la berendam barjam2 budget macam dalam citer omputih kan?? hehe ). As usual benda2 basic yg selalu di beri kalau gi hotel memang di supply. Hehe. Servis untuk cuci bilik semua sangat tiptop. Kenapa? Sebab, diorg tukar bed sheet baru tiap2 hari termasuk la sarung bantal semua, towel pun sama. Siap cuci toilet bowl bagai okay. Ada certain hotel, diorang tak tukar cadar pun. Just fit kan balik cadar yang dah tercabut sana sini. Pastu sangkut balik towel basah tu, tanpa supply the dry one. Teruk betul. Bila dok sini, dah rasa macam 
umah sendiri dah. Sebab ianya sangat luas dan selesa. Tapi tak supply sejadah. Mujurlah ada arah kiblat kan? Huhu..


2. Dining room

So far, Alhamdulillah. Berpagi-pagian dengan hubby. Lepas subuh je terus siap2 gi breakfast. Cepat2 bancuh susu kat imran, parking imran dalam stroller, then tolak masuk tempat makan ni ha. Be prepared untuk berdepan dengan tempat duduk yang tak cukup kalau datang lambat. So, make sure bila datang sini. Kena datang makan awal2 pagi. Kalau lambat, kompom masuk bilik lain yang kurang makanan compared to main dining room, berdepan dengan line yang sangat2 panjang bila lambat. Make sure turun untuk breakfast before 8am. Kalau tak alamatnya, memang kebulur la jawabnya. Teehheee.. 


 


 

 Spa & Saloon :


 Sauna & Steam Room :



Ada jugak banyak kemudahan2 yang lain kat hotel ni.
Of course akan ada swimming pool. Yang mana dalam bilik salin baju tu, siap ada sauna ngan  steam room. Yang ni lain sikit. Sebab before ni kalau stay kat hotel lain. tak de lagi yg provide room tersebut. Swimming pool pula, tak de la dalam sangat 4 feet je. :)

Apa yang tak best kalau kat sini satu je. Kemudahan lift yang agak teruk. Terutamanya masa nak check in ngan check out. Memang berduyun orang dan susah sangat nak dapat lift. Nak breakfast pun make sure turun awal pagi. Kalau tak memang panjang gile la line untuk beratur nak tunggu meja kosong.

Yang paling best kat sini, hotel ni betul2 kat depan area Dataran Pahlawan. Senang nak jalan2. Nak explore ke sana pun dekat je la. Tak yah susah2 nak naik bas ke ape kan? Siap ada Menara Taming Sari lagi. dekat je.


No comments: