Pages

Followers

Sunday, July 14, 2013

Rindu saat mengandung

Assalamualaikum..

Bercakap pasal bersalin. Ramai yang takut. Terutamanya bila tengok video kat youtube. Hehe. Dulu, aku pun sama. Kecut perut memikirkan pengalaman bersalin. Namun, aku sedar. Sebagai wanita, takkan lengkap jika aku tak bergelar seorang ibu pada masa yang sama. Pengalaman mengandung dan bersalin akan melengkapkan title seorang wanita. Bila dah mengandung. 

Satu persatu stage aku lalui, aku dapat rasakan indahnya saat itu. Dari mula2 scan masa 5weeks, hati berbunga2 sebab bakal bergelar ibu. Tapi masa tu, aku takde lah excited sangat. Takut. Kang tak lekat pula. But then, ada bleeding. Hati risau betul. Tapi aku yakin, anak yang aku kandungkan kuat. Macam ummi dia. Lasak. Berdarah sikit pun takpe. Alhamdulillah. Baby bertahan, berpaut kuat pada rahim ummi. :,) seriously, masa bleeding, aku yang sangat risau ni sampai nak gi kerja pun aku tak nak. Masa tu aku buat full time herbalife. Sebab selalu naik tangga dan berjalan. Aku bleeding. So, aku terperuk atas katil 24 jam. 

Aku punya alahan, susah jugak nak cakap samada kuat atau tak. Tapi, badan aku lemah betul. Nasi sesenduk pun aku tak mampu nak habiskan. Dah la bulan puasa. Habis makan nasi masa sahur, muntah. Bila ayah masak kat dapur, rebus ikan ke, goreng ayam ke, gulai asam pedas ikan ke, mesti aku akan menyorok diam dalam dalam bilik. Ya Allah, busuk betul baunya. Kalau hubby makan daging sorok2 pun, aku boleh detect. Sebab bau lembu yang kuat gile. Bau pefume sendiri pun, aku akan pening. Pening bukan yang sikit2 tu. Pening yang berpusing2 tu ha. Ada satu masa tu, bau kentut pun aku muntah. Terkekek2 mummy gelakkan saat tu. *okay. Seriously. Jangan gelak. Huhu. Kalau korang mengandung baru korang tau. Masa stage first trimester ni, aku jadi respect gile ngan ma aku. Mengandungkan 8 orang anak kot. Dah la kitorang rapat2. Mana nak jaga kitorang yang seriously nakal gile. Nak masak, kemas umah lagi. Alahan lagi. Tapi ma cakap alahan ma tak kuat macam aku. Ala bahagian masing2 kan? Kalau yang naughty macam aku ni, Allah bagi lebih sikit. Sebab nak bagi pahala lebih. Yo yo o je kan? Hehe.. :p 

Second stage. Aku pelahap gile hokayyy. Dari yang anti gila dengan daging. Aku jadi hantu daging. Asyik nak makan daging je. Masa ni, aku tersangat aktif. Jadual sehari2 memang pack. Balik keje, masak. Makan. Esoknya bangun pagi prepare breakfast. Bawak bekal. Lupa pula, masa first stage tu. Aku menganggur sekejap. Tak tahan berulang ke ofis yang tersangat lah jauh. Just imagine stay kat Bangi dan naik train *sebab nk jimat dan elak jamm. ke KL sentral dan tukar pula naik putra. Then tukar lagi naik bas ke Mutiara Damansara. Seriously flat kot. Then decide nak berhenti. Right after habis alahan masa raya. Aku masuk kerja baru kat Shah Alam. Sama pula ngan tempat kerja hubby. So discuss balik ngan hubby. Decide pindah Shah Alam. Elok2 je abis alahan. Dapat kerja, Alhamdulillah rezqi anak. So stage ni, memang asyik ngan kerja je lah. Balik umah jadi suri rumah pula. 

Third trimester. Kaki dah mula bengkak. Bukan tapak kaki. Tapi the whole kaki, dari peha sampai betis. Nak solat pun macam melantun balik. Masa ni masih lagi bertahan. Kerja je tak henti2. Ke sana, ke sini. Berlari sana berlari sini. Hehe.. Sampai la 3 weeks before due, sepatutnya 24 february. Tapi baby tak sabar nak keluar. On 8th February, aku selamat lahirkan baby boy yang seberat 2.68 kg  di Hospital Serdang. Dapatlah warganegara Selangor seorang. Macam ayah dia. Heh. Ingat nak bersalin kat Kelantan. Last2 kat sini juga. Masa ni, asyik nak makan nasi lemak je. Hari2 nasi lemak. Hehe

Pengalaman bersalin boleh baca kat sini http://www.thepurplestudio86.blogspot.com/search/label/contraction%20masa%20bersalin. Ok lah. Enjoy reding. Rindu nak mengandung lagi. Tapi nak membesarkan yang ni pun..masyaAllah. Mula2 plan nak dua anak. Tapi hubby dah pening. Asyik stress je ha. Last2 satu je la sayang. Heh. K. Bai. :) 



No comments: