Pages

Followers

Friday, July 19, 2013

Ujian buat Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim.



Assalamualaikum..

Bila tengok kes Ashraf Muslim, Dayana dan Sakinah. Aku simpati pada Dayana. Dalam kes ni, there is no need to blame each other. Nak blame side dayana pun tak boleh, ashraf pun, sakinah pun. Yang aku pasti, jodoh ajal dan maut, Allah telah ukir indah dalam takdir masing2. Bagi pihak Dayana, redha dan sabarlah. In sha Allah, Allah akan kurniakan satu ganjaran yang amat besar buat beliau. Allah takkan sekali2 menyeksa hambanya dengan ujian yang tak mampu hambanya lalui. 

Poligami ditolak oleh ramai wanita bukan sahaja oleh Muslim malah wanita Budha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Ianya bukan kerana kita menolak poligami secara terus, tapi disebabkan oleh lelaki yang tidak mampu berlaku adil kepada isteri2 mereka. Malah mereka secara tidak malu telah mengeksploitasikan poligami untuk kepentingan diri. Bukan dengan niat ikhlas untuk mempertahankan wanita dari dianaya atau difinah atau membantu balu yang kematian suami. Malah, ada beberapa kes wanita berbangsa cina takut untuk convert Islam kerana tak nak dimadukan. Kan pelik tu? Padahal poligami tu sebenarnya indah. Jika lelaki faham apa erti sebenar poligami, adil kepada isteri2 mereka, sayang sama rata. As we can see ramai contoh yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar. Ustaz Azhar Idrus, Salleh Yaakob. Ada satu kes yang mana aku sendiri tengok dengan mata kepala aku sendiri. Pakcik ni ada tiga wife. Dia belikan tanah yang sangat besar, binakan 3 buah banglo yang sama di atas tanah tu, siap ada garage yang sama dan kereta yang sama bagi ketiga2 nya. Itulah baru adil. kan?? Kalau tak mampu nak hidup berpoligami, usah la menyeksa kedua2 isteri. Sebab ianya hanya mendatangkan murka Allah swt. Tambah pula, kesian anak2 yang selalu jadi mangsa keadaan. Tak gitu?

Ujian buat manusia itu datang dalam berbagai bentuk. Anak2, suami, keluarga, ibu bapa, kawan2, keluarga mentua. Orang yang selalu berada di sekeliling kita, mungkin juga bos kita. Harta dan kuasa. Semua tu adalah ujian. Sedarlah, yang wang ringgit juga adalah ujian. Even strangers yang tiba2 datang mintak sedekah pun ujian buat kita. Adakah kita akan herdik dia? Merungut ngan kehadiran dia? Allah takkan berhenti uji kita manusia yang lemah ni, selagi mana kita hidup di atas dunia ni. Ingatlah, walau sebesar zarah pun kita membuat kebaikan, sungguh Allah swt akan membalas setiap darinya. So, selamat beramal.. :)

Teringat suatu ketika, bila arwah abah diuji dengan penyakit. Jika aku berada di tempat abah, aku tak pasti adakah aku mampu dan redha dengan ujian yang Allah turunkan. Seriously, bila kita sedar kita mengidap kanser. Nauzubillahi min zaalik. Yang bukan Muslim utamanya, pasti akan menyalahkan tuhan masing2. Malah kita yang Muslim sekalipun, bila diuji dengan sesuatu yang amat sukar, adakah kita akan kuat diuji? Menderita akibat kanser bukan semudah kita nak beranak. Kenapa aku compare dengan beranak? Sebab aku pun pernah beranak. Dan aku yakin, sakit abah lagi teruk pada tu. Berbulan2 abah sakit terlantar. Berbulan2 abah menggigil2 tahan sakit. Tapi abah selalu redha. Abah tak pernah tinggalkan solat hingga akhir hayat abah. Dan aku yakin, Allah kurniakan ganjaran yang amat besar buat abah. Setiap kali abah menggigil menahan sakitnya, aku yakin Allah hapuskan tiap dosa abah melalui kesakitan tu. :,) abah selalu kuat. okay. rindu abah.

Kali pertama setelah 7 bulan kematian abah, aku upload picture ni. 
Sebagai kenangan bersama arwah.



Masa ni 04 December 2012. 
Kali terakhir kami adik beradik berkumpul untuk menziarah abah.
Abah happy sangat masa ni. :,)
Abah menderita Kanser Lidah


Tengok lah betapa kurus nya arwah abah masa ni.
Arwah abah meninggal pada 21 Januari 2013
Gambar ni bersama cucu ke 3 dalam keluarga besar kami.

Al fatihah buat abah.

Dalam masa Allah menguji abah, Allah juga menguji ma. Menguji kami adik beradik juga. Kami redha dengan pemergian abah. Begitu juga ma. Yakinlah, ujian yang Allah swt turunkan. Bukanlah untuk menyeksa kita hambanya. Tetapi, Allah menguji untuk menilai kekuatan kita, mengembalikan kita yang lupa padaNya. Redha itu bukan mudah. Tapi ianya adalah suatu rasa yang mampu buatkan kita yakin, Allah tetap bersama kita. :,) 

Actually, kita selalu lupa. Apa yang kita miliki hari ni, bukanlah sebenarnya milik kita. Tapi ianya merupakan pinjaman oleh Allah buat kita. Untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita, juga sebagai amanah untuk kita. Macam anak2. Mereka adalah amanah untuk kita. Bila2 masa je Allah akan tarik kalau Dia nak. Ibu bapa kita. Adik beradik kita. Suami. Semuanya adalah amanah. 

Yang penting, yakinlah Allah swt tetap bersama kita. Sampai bila2. In Sha Allah. :)
Indahnya menjadi Islam.


No comments: