Pages

Followers

Tuesday, August 27, 2013

Wanita & Pap Smear

Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Alhamdulillah masih lagi sempat nak menaip malam2 ni hupdate blog yang tak seberapa ni. Sangat memenatkan bila balik dari ofis, nak kena handle anak yang makin lasak..huhu nak masak bagai..nak settle kan kerja rumah dan segala2nya pasal rumah tangga. Actually, being a working mother amatlah mencabar. Seriously !!!! Tak tipu. Penat yang datang berkali ganda compared to fulltime housewife or whatever.

So hari ni, aku nak berkongsi pasal kepentingan dan ketakutan Pap Smear yang akan aku terjah untuk lakukan esok pagi. Takut yang teramat. Fullstop. Takde kata2 yang dapat aku gambarkan kesakitannya. :,(( Ceh. Macam dah buat kan?? hehehe... Actually, hari ni, aku ada appointment at 2 o'clock untuk buat Pap Smear di klinik kerajaan. But, aku tak muncul.. Seriously, kecut perut dan jiwa aku, memikirkan semua ni. Tapi bila di fikirkan kenapa pentingnya aku perlu buat Pap Smear ni. Aku kena kuat dan bertahan.

( Terpaksa mengakui betapa pengecutnya aku pada alatan2 hospital ni..malu yang amat -_-" stress.)

Apakah PAP SMEAR???


this is how they did the test.


Pap Smear = Pap Test
Ianya adalah ujian saringan peringkat awal bagi mengesan sel2 yang tidak normal di dalam faraj, infection ataupun kehadiran sel2 kanser di dalam rahim anda.

Kenapa PAP SMEAR itu PENTING???

Kerana ianya terbukti dapat menyelamatkan nyawa ramai wanita daripada kanser rahim dan serviks.
Pencegahan awal dapat di ambil sekiranya ujian ini dilakukan secara regular.

Siapa yang PERLU menjalani PAP SMEAR??

Penting bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang pernah melakukan seks walaupun belum berkahwin. (straight to the point ayat di situ). Kalau orang putih, diorang galakkan buat semasa umur 21 tahun ke atas, tapi as Muslim, believe me. Keep your secret until you got married but then, bila dah kahwin dan get pregnant dan deliver baby. After your son or daughter tu dah mencapai usia 6 bulan, you are very suggested to go and do this test. Even wanita yang sudah menopause pun digalakkan untuk buat regular pap test ni. 

Berapa kerap anda PERLU menjalani PAP SMEAR??

Ianya bergantung kepada usia dan juga rekod kesihatan anda. Perlu berbincang dengan doktor peribadi anda. Recommended, dua tahun sekali. Jika usia sudah mencecah 30 an dan telah melakukan ujian Pap Smear selama 3 tahun berturut2, eloklah berbincang dengan doktor untuk jarakkan kepada 3 tahun sekali. Jika 65 tahun ke atas, bincang dengan doktor untuk berhenti buat Pap Smear. 


So, clearly for those yang still tak buat Pap Smear sejak dari zaman muda2 before dapat anak lepas kahwin. Moh le kita ke klinik berdekatan. :) Esok aku update pengalaman baru buat ujian ni ye. Gementar tahap gaban. Seriously !!! 



 

No comments: