Pages

Followers

Tuesday, September 3, 2013

Review Skincare: Olay Total Effect 7 in 1 Anti Aging Cream

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi ni dah awal2 bangun. Dalam kul 5.00am macam tu mata aku dah terbuntang segar pagi2. Sahur untuk puasa 6 pun satu. Hari ni aku nak review pasal produk muka yang jadi pilihan aku sejak 3 bulan lepas. Jenis kulit muka aku adalah KERING. Apa yang sering dialami bagi jenis kulit seperti ini adalah bukan jerawat. Sebab jerawat selalunya adalah masalah bagi orang yang berkulit jenis berminyak. 

Masalah yang aku hadapi sebelum ni adalah:

Warna kulit yang tak sekata
Tompok2 muka yang kering
Liang pori yang besar


Actually muka aku takde la bermasalah sangat. Tapi bila tang pakai makeup tu. Memang trantang tang nampak sangat tak cantik sebab muka akan jadi bertompok2 dan liang pori akan nampak sangat besar. Wanita dan makeup kan macam kamceng gitu. Takkanlah nak ke kenduri dengan muka takde secalit makeup pun. Yang penting niat jangan lah nak show off kan? Biarlah suami memuji isteri cakap sedap mata memandang. Tanya pendapat suami dulu. Itu penting bagi mengelakkan dosa yang datang bila makeup untuk orang luar dan bukan untuk suami.



Krim siang Olay Total Effect dengan SPF 15

Krim malam Olay Total Effect 


Before aku try this product, ada beberapa product yang aku pakai. Macam Safi Rania dan Garnier.Tapi, semua macam tak berapa nak ngam. So, still mencari2 produk yang dapat solve kan masalah yang aku hadapi seperti kat atas tu. Nak dijadikan cerita, aku pun usha la minah seofis ngan aku. Microbiologist. Kulit muka dia masyaAllah sangat mulus, tona kulit pula memang sangat sekata dan soft je kita nampak kulit dia. Dah macam baby je. Bila makeup pun, muka dia sangat glowy disitu. So, hati meronta2 nak tahu apa jenis skincare yang dia pakai. Ada satu masa ni, kebetulan solat sama2. Then dia pun keluarkanlah produk ni. Aku pun tanya lah serba sedikit pasal produk ni kat dia. Then, bila balik terus singgah Watson dan beli yang tester, size kecil je. Just untuk cuba2. Masuk ngan aku ke tak. Yang kecil tu harganya dalam rm24++ gitu. Okay la. Takde la mahal sangat. Yang besar packaging hen lepas few weeks rasa okay sangat. Pakai la produk tu sampai sekarang. So far, alhamdulillah. Kulit muka agak jauh berbeza dengan dulu. Siap aku pakai pakej yang malam sekali.

Nak tengok perbezaan before ngan after??


Sila abaikan perubahan colour  -_-"

After pakai this skin product. Of course aku lebih yakin dengan kulit muka aku. Sebab yang kering2, tompok2 kat muka, kulit kasardan juga jerawat kecil2 kat atasdahi dan sebagainya. Alhamdulillah semua dah takde. Kulit bertambah soft, tompok2 kering semua dah takde, tone colour pun dah sekata. Siap promote sama kawan2 ofis yang lain. teheee ^^ So kepada sesiapa yang masih mencari produk ni, moh le kita pakai sesame.