Pages

Followers

Monday, November 11, 2013

Resepi Laksa Sarawak: Paste Haji Manan


Assalamualaikum..



For those who never tried this menu. This is what we called laksa sarawak. The most delicious food in sarawak. Nyum3. Bercerita sambil telan air liur sebab terliur tengok picture kat atas tu. eheh. 

Just nak share resepi untuk buat laksa ni kat rumah tanpa pergi cari kat laksa shake yang tak berapa nak sedap rasanya. eceh. entah betul ke tak nama kedai tu. ehem. Meh kita try masak pakai resepi aku yang tersangat simple ni. Benda pertama yang kena ada adalah jeng jeng jeng. 



Perencah Laksa Sarawak Haji Manan.
terbaik dari ladang.
make sure Haji Manan tau. bukan Haji lain. eheh.

Bahan2 nya:
paste laksa sarawak haji manan (100 gram) untuk makan 5,6 orang
ayam 1/2 ekor (direbus) 
udang 1/2 kilo (direbus)
santan sekotak kecil
serai 2 batang
sebungkus bihun
telur (3 biji)
taugeh 
limau kasturi 
belacan
cabai burung
ikan bilis 

Cara2 nya:
~ kuah ~
Rebus ayam dan udang menggunakan separuh air dalam periuk sederhana besar
Rebus udang sehingga kemerahan, angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan paste laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi 
Rebus ayam bersama paste tersebut sehingga masak, 
angkat ayam tersebut, tos dan ketepikan
masukkan santan sekotak kecil 
(bagi yang tak berapa suka pekat, just masukkan kurang dari sekotak la)
then ketuk serai dan masukkan ke dalam kuah tersebut
masak dengan api perlahan sehingga menggelegak then angkat

~ bihun ~
Rebus bihun dengan air yang menggelegak sehingga lembut.
jangan terlalu lama, takut nanti lembik pulak. 
kemudian tos kan dan ketepikan

~ telur dadar ~
pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk,
masukkan garam dan sedikit ajinomoto
gorengkan telur tadi dengan sedikit minyak di atas non stick pan
angkat dan sejukkan
then, potong halus2 dan ketepikan

~ ayam racik ~
ayam yang telah di rebus tadi, racik kecil2 dan ketepikan

~ udang rebus ~
ketepikan untuk dihidang

~ limau kasturi ~
dipotong dua dan dibuang biji, ketepikan.

~ sambal belacan ~
rendamkan ikan bilis di dalam air bagi melembutkan ikan bilis tersebut 
tumbuk cabai burung dalam 10 biji,
then, masukkan ikan bilis tadi dan tumbuk hingga separa halus 
masukkan belacan (agak2 je belacan tu banyak mana),
lepas tu perah limau kasturi ke dalam bancuhan tersebut sehingga bancuhan sambal belacan menjadi basah
then, potong halus dalam 2,3 biji kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal tersebut.

hidang kesemua bahan2 tersebut bersama kuah dan juga bihun. siap :)

10 comments:

Teena Tna said...

Kat sarawak pun ada jugak laksa ye. Ingatkan ada kek lapis jer. Hee

Safarina Shaari said...

aaa....sedapnye....terliur dah ni...

jom follow blog sy...tenkiu....:)
thestoryofayna.blogspot.com

el said...

xjumpa lagi pes laksa sarawak ni kt mn2..nti nak pi trylah laksa sarawak kat mn2 ni..mcm best jer hehe

Nik Fazlina said...

Mana nk beli pes laksa sarawak ni? Teringin sgt..

Naimah Jamal said...

Kat psr karat johor bahru ada jual jenama yg sama tapi hrga jauh blh mahal...rm8

zul husmi said...

Terbaik sangat....lama dah mengidam...dulu kerja sarawak..setiap pagi minggu mesti perkena..terbaik tok..

zul husmi said...

Terbaik sangat....lama dah mengidam...dulu kerja sarawak..setiap pagi minggu mesti perkena..terbaik tok..

Admin said...

siapa2 yg teringin atau mengidam nak mkan laksa sarawak boleh la ke dapur sarawak jalan sarikei belakang tawakal kuala lumpur...

mq said...

Nak pes laksa sarawak Haji Manan.. meh order dr sy.. Whatsapp 01133822595.. Cod Sg Besi KL.. pos pun boleh.. hehe

mq said...

Nak pes laksa sarawak Haji Manan.. meh order dr sy.. Whatsapp 01133822595.. Cod Sg Besi KL.. pos pun boleh.. hehe