Pages

Followers

Friday, December 27, 2013

Ibu mertua vs menantu hantu.

 Assalamualaikum..

Nak berkongsi pasal ibu mertua dan menantu. 

Perkahwinan bukan hanya komitmen kepada suami dan anak-anak semata. Tapi ianya adalah tanggungjawab yang kita pikul juga sebagai menantu. Aku percaya, ramai wanita di luar sana yang pening dengan karenah ibu mentua masing-masing. Termasuklah aku. Yang datang pagi-pagi ke office dan membebel-bebel dengan karenah ibu mentua masing-masing. Apalagi yang tinggal sebumbung kan? Hehe. Lumrah alam. 

My parents in law with their beloved grandson.

Ramai yang berpendapat, ibu mentua adalah orang luar. Bukan siapa-siapa yang nak tegur cara kita suap anak kita? Cara kita besarkan anak kita? Yang marah-marah kita bila lupa nak siapkan baju suami dan anak bila last minit nak pergi event family. Erm. Rasa macam mummy tak bagitau pun ada event. Tapi bila confront, mummy cakap dah banyak kali bagitau. Ala macam-macam la. Haha. 


Mummy, ayah dan adik ipar, Omar.
Omar ni sebiji macam muka suami aku.


But, seriously. Kadang-kadang bila fikirkan balik, memang pening nak berdepan dengan karenah ibu mertua ni. Sebabnya, kadang-kadang ego kita menolak yang ibu mentua tu juga adalah ibu kita. Tapi hakikatnya yang kita lupa. Once married, tanggungjawab untuk jaga mentua kita bila diorang sakit adalah WAJIB bagi kita menantu ni. Dan semua sedia maklum yang tanggungjawab untuk jaga parents kita sudah jatuh entah ke berapa. WAJIB bagi anak lelaki untuk patuh, hormat dan jaga ibu bapanya. Sebab tu, faraid untuk anak lelaki 2 bahagian, dan anak perempuan 1 bahagian. Dengan izin suami, kita boleh berbakti kepada parents kita. Tapi jika bukan dengan izin mereka, tak boleh. So, sangat-sangat penting untuk mencari suami based on agama. Sebab perkahwinan sangat memerlukan agama untuk kita rujuk balik hukum hakam bila berbalik kepada Islam. So, bila musykil korek-korek balik ceramah UAI ke, buku-buku Islam ke untuk duduk discuss ngan suami apa masalah sebenarnya.

  
 Vacation masa kat France masa Omar grad awal tahun 2013. 

Berbalik kepada soal ibu mentua. Aku memang tak reti nak ambil hati mummy (nama gelaran ibu mentua aku ). Nak kata rajin, tak juga. Masuk dapur, masak, boleh kira bapa kali je dalam 2 tahun usia perkahwinan aku ni. Ni jangan ikut. Menantu hantu kata officemate aku. Heh. Tapi bila mummy masak, aku gi la tanya apa boleh tolong ni mummy? Hehe.. Nampak jugak batang hidung ni kat dapur, tolong-tolong kupas bawang ke. Basuh mana yang patut, kemaskan meja makan. Bila mummy nak jemur kain, laju juga la aku offer tolong jemur. Kemas rumah, mujur ada maid yang datang hujung minggu. Pemalas kot aku ni. Rumah sendiri pun dah macam tongkang pecah. Kena pula kalau aku ngan imran je kat umah. Dengan imran dok lompat-lompat atas sofa. Tinggal nangis. Ummi Nak mandi pun dia yang nangis. Ummi nak solat, dia yang tersengih-sengih depan kita. Bertuah punya budak. Memang tak menyempat la nak kemas dengan kain bertimbun tak lipat. Mainan imran merata-rata. Adoi stress. Ha tengok, dah lompat topik lain. Adoi. 

  
 Cantik kan mummy aku? Muka pakistan + arab.
Dulu masa muda, lagi cun melecun.  
Imran masa 4 bulan lebih. 

Actually, nak please mummy ni bukan sonang. Badan yang dah sedia sakit-sakit ni, masuk angin sini sana. Bila mummy cakap sakit badan. Kita lah jugak yang mengurut. Eh eh. Bukan tak ikhlas ei. Bukan mengungkit. Just nak share ni. Sekeh kang. Dengar diam-diam. Baca dengan nada yang baik. Nak kongsi ni. Moral of the story, buat yang terbaik je la. Kalau pandai mengurut, urutla ibu mentua tu. Kalau pandai masak, masak banyak-banyak. Kalau pandai buat kek, bagi mummy kek tiap-tiap minggu. Jangan niat nak letak gula banyak-banyak bagi kencing manis mummy naik pula. Adoi. Menantu apa la hai. Ibu mentua tu, mak kita juga kan? Diorang membebel, marah-marah sebab itu membuktikan yang diorang sayang kita macam anak diorang juga. Kalau dia treat kita sopan-sopan. Takpe-takpe akma. Nanti mummy basuh. Eh. Takpe-takpe nanti mummy jemur. Ha. Itu layanan macam outsider pula kan? 

 My mummy. Nani Imran.
Imran masa 7 bulan. First time jumpa pantai.
During raya haji.

Memang ibu mentua ni ada peel masing-masing. Standard la tu. Kita pun ada peel memasingkan? Jangan amik pusing sangat. Gasak la. Yang penting, just be yourself. Be happy and no worries. Ikhlas layan parents in law kita. Jaga hati suami kita. Kalau kita tak suka mak dia, bermakna kita ni tak suka akar umbi suami kita. Tanpa parents in law kita, tiadalah suami kita. Tiadalah anak kita. Tak gitu? Mula- mula masa baru kahwin. Standard la macam-macam isu. Tapi dah lama-lama okay la tu. Jangan amik pusing sangat dan jangan sesekali simpan dalam hati. Suatu hari nanti, kita pun akan jadi mak mentua jugak kan? How we treat them, akan berbalik macam mana menantu kita layan kita in the future. 

Redha Allah terletak pada redha suami kita. :) memang susah mula-mula nak biasakan diri. Tapi lama-lama okay la. Kalau senang nak masuk syurga, Allah tak buat dunia ni untuk menguji orang-orang yang DIA sayang. Mungkin Allah swt menguji kita dengan suami, dengan anak-anak, dengan keluarga mentua or adik beradik. Semua atas kemampuan masing-masing. Kadang-kadang hati memberontak juga, tapi bila dah sedar silap kita bila meninggi suara dengan suami, bila merajuk-merajuk dengan suami. Cepat-cepat say sorry. Takde guna letak ego tinggi-tinggi dalam rumah tangga ni. Sebabnya, perkahwinan tu dibina bukan untuk bercerai berai. Tapi semata-mata untuk mengaut beribu-ribu pahala free. Mencari redha Allah swt semata-mata. 


1 comment:

kuhawa kuabdhamid said...

Saya setuju dengan Puan. Saya ada kak ipar dia memang pandai masak, saya pula kurang sikit masak. Kami give n take kalau dia balik umah mama. Best kalau dia ada. saya kemas, dia masak. mama pun selalu puji dengan masakan dia. Arwah ayah pun sangat sayangkan dia. Sebab dia memang rajin masak. Kita kena gunakan kelebihan kita sebaik2nya. thanks Puan dengan maklumat diatas. :)