Pages

Followers

Tuesday, December 10, 2013

Pneumococcal may cause DEATH for babies.

Assalamualaikum...

Pneumokokal menyebabkan KEMATIAN !!!
punca kematian bagi SEJUTA bayi dan kanak2 setahun. 

Pneumokokal ni merupakan kuman yang terdapat pada kerongkong dan hidung kanak2 yang berusia 2 tahun ke bawah. Ianya mudah merebak dari satu individu kepada individu yang lain melalui titisan air seperti batuk dan bersin. 

Kanak2 yang berisiko untuk menghidapi penyakit ini adalah:
  1. Kanak2 yang menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian.
  2. Berusia 5 tahun ke bawah.
  3. Kurang imunisasi badan.
  4. Pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, gegendang bahagian dalam.
  5. Terdedah kepada asap rokok.
  6. Kanak2 yang berpenyakit kronik seperti buah pinggang, paru2, diabetis atau jantung.
Bagaimana untuk mengenal pasti jangkitan kuman pneumokokal?
  1. Jangkitan kuman pada paru2 (Pneumonia) : Demam panas yang berpanjangan, sawan secara tiba2, pernafasan menjadi cepat dan berbunyi (sukar), sakit dada, mengigil dan batuk.
  2. Jangkitan kuman dalam darah (bakteremia) : Demam, jangkitan saluran pernafasan, tidak selesa. 
  3. Jangkitan pada membran tulang atau otak (meningitis) : Demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, cirit birit, fotofobia (sensitif kepada cahaya).
  4. Jangkitan pada hidung (sinusitis) : Demam, selsema dan batuk.
  5. Jangkitan pada telinga (otitis) : Telinga menjadi sakit, hilang pendengaran buat seketika dan tidak selesa.

Jika ianya gagal dirawat, ianya boleh menyebabkan kecacatan otak, kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan, lumpuh dan ianya boleh membawa MAUT!!!

Bagaimana untuk mengatasi penyakit ini?

Masalah PnD tidak dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik. Tetapi yang paling berkesan adalah dengan pengambilan vaksin yang mana ianya dikenali sebagai "Pneumococcal Conjugate Vaccine 7". Ianya dapat mengelakkan penyakit ini daripada menjangkiti kanak2 yang berusia 2 tahun ke bawah melalui memori yang diberikan kepada sistem imunisasi badan yang bertindak melawan bakteria ini apabila ianya menyerang.

Elakkan pengambilan vaksin sekiranya anak anda ada masalah alergi ubat-ubatan.
(berbincang dengan doktor anda bagi keterangan lanjut)

Bagaimana reaksi anak anda sekiranya alergi kepada suntikan vaksin?

Ianya jarang berlaku kepada kanak2 atau bayi. Sekiranya berlaku seminit atau beberapa jam selepas suntikan. Gejala-gejala tersebut didapati terhadap anak anda: 
  1. Ruam-ruam kecil di badan anak.
  2. Pernafasan berbunyi.
  3. Badan tiba-tiba menjadi lemah.
  4. Pucat. 
  5. Nadinya bergerak pantas. 
  6. Pening,
  7. Bengkak pada tekak.
Segera bawa berjumpa doktor sekiranya gejala di atas berlaku. 

Berapa had umur anak anda yang bersesuaian bagi kanak-kanak atau bayi?


Vaksin ini digalakkan bagi bayi dan kanak-kanak yang berusia 2 bulan hingga 5 tahun. Pengambilan vaksin adalah bergantung kepada had umur bayi dan kanak-kanak tersebut. 

Sekian, wassalam..


 

No comments: