Pages

Followers

Sunday, December 15, 2013

Review : PNB ILham Resort, Port Dickson

Assalamualaikum

Actually, aku menginap di resort ni sempena family day company.
Nama tempat ini adalah:

 PNB Ilham Resort, Port Dickson



Resort ini terletak di area Tanjung Biru di Port Dickson.
Kalau dari roundabout kat jalan besar di PD, hala ke kiri dan straight je sampai la nampak simpang ke Tanjung Biru. 
Depan sikit pada markas tentera.


Pandangan resort dari pintu masuk.
Kat luar resort ini dah ada banyak parking kereta. 
Just masuk kalau nak drop barang-barang dan keluar parking kat luar. 
Kalau nak lebih selamat, parking kat bawah bangunan. 


Pintu masuk ke dalam resort.


Pandangan dari dalam apartment yang kita tinggal untuk 2hari 1malam.
Tingkat 4 : Blok Seri Cempaka
Bilik 4121.



Kat resort ni, bilik-bilik dibahagikan mengikut apartment yang mempunyai 3 bilik dengan 3 bilik air
Setiap bilik dengan bilik air masing2.
So, sangat sesuai untuk family vacation.
Sebab apartment ni sangat selesa dan besar.


Yang apartment kita ambil ni memang provide single bed sorang satu.
Tak sesuai pula kalau nak kongsi tidur atas queen bed kan?
Janggal pula. hehe..
Pintu depan tu pintu bilik air.


Lengkap dengan cermin semua. Cupboard untuk simpan baju.


Siap ada sofa, dining table untuk 6 orang, sinki, kettle, mini fridge, tv siap dengan astro. 



Ruang tamu sangat la luas dan selesa.
Dah macam rumah sendiri pula kan?
Cuma apartment ni tak boleh masak je.
Kalau boleh masak, memang stay berminggu gamaknya. hehe


Tempat lepak dalam apartment. 
Terletak betul2 kat tepi tingkap. 
Agak-agak kebosanan malam-malam, 
boleh la lepak-lepak sembang atas meja ni. 
Kat area ruang tamu. 


Kat master bedroom, design bilik lain sikit sebab kita ada ruang yang turun ke bawah dan ada beranda ngan sliding door. 
Memang sangat menarik kalau yang Master bedroom ni. 
Kalau bilik lain tu biasa-biasa je.


Bilik air kecil je la. Takde bathtub semua. Tapi kira okay la kan? 
Dah bercanda ria kat swimming pool bawah, naik atas bilas badan je ha. 


Ni pula pemandangan kat lobi resort ni. 
Design sangat cantik.
Banyak ukiran kayu. Ala-ala perkampungan melayu lama. 


Ni pula tempat makan. Sempat juga kitaorang makan breakfast kat sini, 
Makanan okay la. Takde la grand sangat.


Yang ni pula tempat untuk kita buat BBQ, besar jugak kawasan ni. 
Kita boleh lepak-lepak sambil berBBQ ramai-ramai waktu malam. Tempat ni betul-betul area tepi pantai. So, memang syok la kalau lepak malam-malam sambil dengar deruan pantai. hehehe..Pondok ni kita sewa. rm70 sekali pakai. Siap ada tempat untuk bakar-bakar makanan dan diorang pun ada sediakan bahan-bahan untuk kita bakar, ayam, kambing, pelbagai jenis ikan, siap lengkap dengan sosej, air minum, bihun dan nasi goreng. Semuanya di caj berasingan. Ayam or kambing tu dalam rm4.00 seketul. Meja untuk 10 orang makan lengkap dengan kerusi pun ada disediakan. Tapi kena caj la.

Kat belakang tu padang tempat main volleyball.
Dan kat sebelah kiri pondok ni pula ada cafe untuk lepak minum kopi sambil karaoke. Lagu pula rm1.00 je satu tau. Murah yang amat. 

Tapi memang havoc la tempat nih. Terutamanya masa cuti sekolah. Penuh ngan family yang bawak anak-anak holiday. :)

Hopefully entry ni membantu korang untuk decide tempat mana yang korang nak pergi cuti sekolah ni. Sekian.

No comments: