Pages

Followers

Sunday, January 5, 2014

Review : Impiana KLCC Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Last 3 weeks, aku dan imran ikut hubby pergi conference di Impiana Hotel, Kuala Lumpur.

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Hotel Exterior

3 hari 2 malam juga stay kat sana. 
Sangat-sangat enjoy sebab suasana kat hotel ni tersangatlah selesa.
Jom kita tengok apa yang best kat sini.

Lobby

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Lobby

Tempat lepak dan duduk-duduk kalau menunggu check in or member-member.


Bergambar dengan christmas tree.
Bersempana Christmas Day yang tak berapa hari lagi masa ni.
Imran sangat teruja dengan pokok giant tu. hehehe


Pintu masuk direcxt dari jalan besar.
For those yang tak biasa tu, sampai je depan hotel. 
Straight direct drop barang-barang depan lobi ni, then naik atas parking.
Kalau tak drop barang dulu, sempit nak punggah barang sebab parking kat atas tu sempit sangat ruang dia. 
Better drop dulu barang baru parking. Sama juga masa nak balik. 
Naik ambil kereta then baru turun ambil barang. 


Lorong nak naik dari counter registration straight menuju ke lif untuk naik ke bilik. 


Bilik hotel : Deluxe King.

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Deluxe King

Ini adalah suasana dalam bilik kat Impiana Hotel ni. 
Katil yang disediakan tersangatlah luas untuk kami anak beranak tidur.
Actually, lagi besar dari King Size punya ukuran kot.



Bilik ni betul-betul mengadap KLCC. 
Nama pun ada KLCC kan? heh. 
Ada sky-bridge straight masuk KLCC dan Pavilion.
So, kalau nak jalan-jalan, tak yah nak risau sebab sky-bridge ni much more safer compared to lalu jalan-jalan kat bawah. Apalagi bila kita nak bawak anak kecil dengan stroller bagai. 


Gambar hubby tengah pegang imran. 
Baru check in masa ni. snap picture dulu kot. hehe

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Deluxe Room - Bathroom

Ni gambar dalam bilik air untuk bilik deluxe ni.
Sempat jugak la berendam ngan imran dalam bath tub ni. 
Gara-gara malas nak turun swimming masa mula-mula sampai tu kan?
teruja imran duduk main buih-buih dalam tub ni. 

Swimming Pool 

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Pool Bar

Ni adalah tempat nak ambil towel. 
Juga tempat untuk kita order air.
Pool bar. 

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Swimming pool

Infinity-edge pool. 
Betul-betul mengadap KLCC.
Tapi pool dia agak kecil kalau nak compared to Park Royal, Penang or Hatten Hotel, Melaka.
Kat Hatten Hotel pun, infinity-edge juga.

Swasana Spa

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Swasana Spa - Treatment Room

Service Spa kat sini agak mahal kalau nak compared to previous hotel yang aku pergi.
So, memang takde lepak sini pun masa vacay aritu.

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Spa

Tapi spa kat hotel memang the best. 
Sampai terlentok-lentok bila buat full body massage dengan facial. hehe..

Gymnasium 

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Gymnasium

Memang normal kalau ada gym kan?
Nak jumpa personal trainer yang terror dan gatal banyak la. :P
heh. sentap pulak kan? hahaha..

Tonka Bean : Coffee House

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Tonka Bean - Coffee House

Lunch kat sini SUPER sedap.
Gulai kambing kat sini memang terbaik la.
Aku makan banyak gila kot?
heheheh.. dan makanan yang diorang sediakan memang tersangat lah banyak.
Salmon dan ikan kod yang berlambak-lambak.
Siap ada mussels yang tersangatlah sedap.
Ada ayam belanda lagi kot.
Aiskrim dan pelbagai jenis kek. 
Memang the best la makanan kat sini.

Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur - Tonka Bean - Coffee House

Sempat juga aku lunch kat sini. 
Actually, kat sini ada 2 tempat makan.
Satu lagi kat atas, tingkat 8 kalau tak salah.
Yang tu, tempat terbuka kat bahagian luar.



Ni la tempat makan yang terbuka tu. 
Yang ni kitorang breakfast.
Sebab kalau nak makan western naik tingkat ni, kalau nak makan yang tradisional malay.
Turun kat Tonka Bean je la. Ground floor.


Pelbagai jenis roti yang dihidangkan.
Beserta pelbagi jenis jam dean butter.




Termasuk juga mufin, cookies etc yang disediakan kat meja roti. 



Yang ni pula meja yang hidangkan pelbagai jenis cheese.



Tenpat lepak untuk main piano pun ada.
Kathujung belah kanan tu, siap ada toilet dan juga tempat basuh tangan.


Pelbagai jenis jeruk juga disediakan.


Madu juga yang pelbagai.
Macam-macam jenis madu nya ha.


Tempat salad. 


Yogurt, salami dan ikan salmon fresh yang disediakan fresh di counter dalam ni.


NI bahagian dalam. 
Sangat selesa dan tenang.

Ini je lah yang nak di share.
Kesimpulannya, memang the best hotel la.
Setanding Park Royal. :)
Hubby cakap, next year on April inshaAllah datang lagi kat sini. 
Okay la. Sampai jumpa lagi di review akan datang.
Bai. Salam.

No comments: