Pages

Followers

Thursday, April 3, 2014

Ho Chi Minh City: Chu Chi Tunnel

Assalamualaikum..

Aku, suami, imran, maa dan juga shikin (adik aku) bercuti ke Vietnam last month on February 2014. Actually, saja jalan-jalan sebab mulanya plan ke sana sebab suami ada conference, but then cancel pula. Memandangkan tiket dah ada, kami tekad untuk tetap ke sana sebab sayang nak burn tiket. Sepatutnya pergi on November 2013. Tapi, suami tak dapat cuti. So terpaksa postpone on February.

Eventhough banyak sangat benda yang terjadi before pergi sana. Alhamdulillah, berjaya jugak aku harungi dugaan-dugaan tersebut dengan tenang dan cool. Walaupun berhabis duit kena beli balik tiket dan buat passport baru. Dari plan nak gi awal, last2 adik ngan ma je yang sampai dulu. Isnin sibuk buat passport kat Putrajaya balik, then drive laju-laju pergi support suami punya Viva kat Ipsis. Surprise support. hehehe..terkejut tengok aku tercongok kat luar. Malu pun ada, tiba-tiba pula bini yang datang bagi support. Sanggup tinggal imran ngan ayah kat Bangi. hehe.



Shikin sibuk nak promote Chu Chi tunnel ni ha. 

First day at Vietnam, kami melawat Chu Chi tunnel. Serba sedikit pasal tunnel ni. Tunnel di digunakan oleh orang vietnam pada suatu masa dulu untuk bersembunyi di era Perang Vietnam yang melawan tentera Amerika. Ianya terletak di bawah tanah dan bersambung ke seluruh bandar Ho Chi Minh. Ianya berfungsi sebagai tempat persembunyian askar-askar vietnam dan menjadi salah satu jalan untuk mereka menghantar bantuan ubat-ubatan, makanan dan senjata kepada satu sama lain. 


Rumah sakit pada masa tu.


 

Dapur tempat masak tentera vietnam suatu masa dulu.



Tempat meeting.

Tentera Amerika memanggil tunnel ni sebagai 'Black Echo'. Most of the time, askar-askar Vietnam akan menghabiskan waktu di dalam tunnel ini untuk bekerja membuat senjata, berehat dan hanya akan keluar pada waktu malam untuk mengumpul bekalan makanan atau menyerang hendap tentera Amerika. Tentera Vietnam akan mengaburi tunnel-tunnel mereka dengan meletakkan pelbagai binatang berbisa di pintu masuk tunnel mereka seperti labah-labah, kala jengking, lipan, dan semut bagi mengaburi tempat persembunyian mereka.
Terdapat tiga lapisan tunnel yang di bina yang mana terletak pada kedalaman yang berbeza. Tunnel yang paling dalam berfungsi sebagai lorong bagi mereka berperang manakala yang lainnya adalah untuk berhubung dan menghantar bantuan kepada satu sama lain. Ramai askar-askar Vietnam yang tidak mampu bertahan dengan merebaknya penyakit malaria di kalangan mereka sepanjang mereka bersembunyi di dalam tunnel tersebut. Malah, penyakit ini juga adalah penyebab kedua terbesar yang menyebabkan banyak kematian di kalangan tentera Vietnam selepas kecederaan parah yang disebabkan peperangan. 



Pintu masuk yang telah diubah suai untuk pelancong. Previously takde la macam ni kan. 

Kat bawah ni pula contoh gambar-gambar perangkap yang tentera Vietnam gunakan untuk mengalahkan tentera Amerika.



Bamboo traps with bamboo spikes.


Seriously, banyak sangat perangkap yang menakutkan diorang guna untuk melawan Amerika masa tu. 



Peta kawasan Chu Chi tunnel yang tersangat lah luas. Untuk ke tempat ni better korang tak bawa stroller. Sebabnya nak kena tolak dalam hutan la ha stroller tu. Kang ada yang terbang satu roda stroller tu ha. ihik.


Kereta kebal tentera Amerika yang terkena periuk api. Dah rosak. Aku yang suami panggil si pendek. Dan imran yang sebesar bapaknya. Aku je la yang pendek dan keding. ihik. 


Askar Vietnam ni try nak angkat muncung kereta kebal. Okay abaikan dia. :P excited gile jumpa benda ni. Padahal dah rosak dah pun. adoi la ha.



Actually, apa yang menarik kat sini ditambah lagi dengan sejarah2 ketenteraan vietnam, kita juga ada padang tembak yang mana ianya berfungsi untuk memberi peluang kepada pelancong untuk try tembak menembak ni ha. 

Kalau nak datang sini, better pakai jeans ngan t-shirt je ye. Sebab nak try2 masuk dalam tunnel atau tempat persembunyian diorang senang sikit kan?
Lagipun ada part ni, diorang bawak kita masuk dalam tunnel ni. Sangat scary.

 

 Lelaki memang berderet la tunggu turn beli peluru sebab tak nak lepaskan peluang menembak. Termasuklah suami aku ha.

Tips kalau datang area sini, please jangan beli apa2 souvenir yang berbentuk seperti peluru or bom. Sebab nanti bila sampai dekat airport, diorang akan suruh buang souvenir tu.  


Last benda yang buat sepanjang kat Chu Chi tunnel ni adalah makan ubi rebus ngan gula. Then kita di serve kan dengan green tea. 

Okay la. Sangat mengantuk okay. Bai,

Assalam...



1 comment:

naz wan said...

wah mcm menarik je g ke sana.. ape pun salam perkenalan ye.. tq sudi singgah blog saya :)