Pages

Followers

Friday, March 7, 2014

Tip Bercuti Keluar Negara: Passport

Assalamualaikum...

Aku, suami dan imran bercuti ke Ho Chi Minh City di Vietnam pada February 2014. Actually, banyak sangat kisah yang berlaku just before pergi. Mistakes ni kita nampak simple je. But seriously, memang sangat-sangat kena alert kalau nak keluar negara. Nak kata first time keluar negara, tak jugak. Sudah beberapa kali jugak. Tapi inilah kali pertama, aku tak dibenarkan naik flight gara-gara passport. So, tiket burn dan terpaksa lepaskan adik dan mak aku pergi bersendirian ke sana. 

Tips yang aku nak kongsi kat sini adalah untuk make sure korang kat luar sana tak buat mistakes yang sama macam aku. Kalau tak, burn duit tiket, kena beli tiket baru yang bukan murah, plus nak kena renew pula passport yang kononnya expired end of April 2014.

Tips pertama:


Please be reminded yang passport korang mestilah 6 bulan before tarikh expired. Let say, passport expired on 1st June 2014, so within the 6 month before, passport korang dah tak boleh digunakan lagi. 6 month before, korang sudah tak dibenarkan keluar negara. If anda terlepas dari imigresen Malaysia, berkemungkinan besar untuk ditangkap dan dipenjarakan di imigresen luar negara adalah tinggi. So, before nak keluar negara, make sure yang passport anda adalah 6 bulan sebelum expired.

Actually, before this. Aku memang ada terbaca notes kat belakang passport pasal 6 month before kena renew. Tapi terlepas pandang pula pasal statement, the passport is not valid within the 6 month. So itu yang buat aku confident nak travel tu. But then, bila check in ada masalah pula. Straight ke kaunter dan tak dibenarkan naik flight. Nangis. Terus perasaan nak travel tu down. So, aku terpaksa renew balik passport yang mana kos nya adalah rm300 untuk 5 tahun. Then, datang balik AirAsia untuk claim tiket lain yang mana kosnya adalah rm200. So, melayang la rm500 aku. Budget terus lari. Duit shopping sudah berkurang. Sakit hati betul. huhu.

Tips kedua: 

Jika situasi yang berlaku kepada anda adalah seperti yang diatas. Please Please Please. Jangan letak beg untuk ditimbang lagi. Takut terlepas masuk kat dalam. Kalau dah terlepas masuk, anda terpaksa tunggu kat airport sampai flight anda berlepas, dan anda kena kutip beg-beg tersebut di kaunter Lost and Found yang terletak di dalam bahagian Ketibaan Antarabangsa. Lama kot kena tunggu. Seriously lama.

Just imagine, aku datang nak check in 3 hours before, nak fly at 1200 pm. Datang pukul 0900 am. Check in tak lepas, beg pula dah terlepas masuk kat dalam. Then, kena tunggu dari pukul 0900 am tu sampai pukul 1200++ pm. Gile kau 3 jam tak tau nak buat apa kat airport tu. Dengan pegang imran lagi kan. Dah bersila anak beranak sebab dah hilang tenaga nak ke sana sini. So, please kalau ada masalah. Jangan sekali-kali letak beg untuk ditimbang.

Tips ketiga:

Kalau anda tak boleh nak check in kat self service machine. Jangan sekali-kali pergi ke kaunter servis. AirAsia punya orang akan advice korang untuk ke sana kalau tak boleh check in. But, apa yang paling teruk kalau anda ke kaunter ni. Anda akan stuck kat situ paling sekejap 30min. If dah terlambat nak check in, straight ke kaunter biasa untuk check in direct dengan kaunter. Diorang akan print out kan tiket anda kat situ. Kalau tak, daripada sempat nak check in, terus korang kena beli tiket baru dan orang AirAsia akan claim yang korang lambat check in. Padahal, diorang punya sistem yang lembab. heh.

Masa tak boleh check in tu, aku tunggu ada la dalam 40min. Lepas tu, jumpa je dengan person in charge kat kaunter servis tu. Diorang suh straight pergi kaunter untuk check in. Memang buang masa je tunggu 40min kat situ. Pernah sekali tu, masa aku temankan mak check in nak ke sarawak. Masa tu, adalah dalam 1 jam lebih lagi before fly. Memang dah lambat la, but then yang menambah lagi kelewatan adalah bila tak boleh check in kat self servis kaunter. Aku kena gi kauter servis yang mana aku stuck almost one hour. Terus kena beli tiket lain. Melayang rm300 aku.


Nak tahu pasal pengalaman aku ke Vietnam.
nantikan next entry. :) daaa..

Salam..


No comments: