Pages

Followers

Tuesday, April 8, 2014

HFMD : Penyakit kaki tangan dan mulut.

Assalamualaikum... 

  Imran dijangkiti penyakit ni last few weeks. Berjangkit kat rumah pengasuh. Seriously aku sakit hati sangat. Sebabnya, bila 2 orang budak berjangkit kat rumah tu. Terus aku tak hantar imran kat rumah makcik tu. What i hate most adalah, budak berdua tu sibling. But then, bila both of them kena HFM. Parents diorang sepatutnya kuarantin budak berdua tu. Prosedur ni memang ditekankan oleh doktor, memandangkan penyakit ni sangat mudah berjangkit. 


Tetapi malangnya, parents yang irresponsible ni, still hantar anak-anak diorang tu ke rumah pengasuh and seriously memang buat aku upset yang amat. What kind of parents are you bila anak-anak kau perlukan korang untuk stay at home when they sick and you still go to work??? Seriously aku angin gila dengan parents diorang. 


The day makcik tu cakap is on Thursday, then on Friday tu aku EL jaga imran kat umah. Kononnya tak nak jangkit la. But then on Saturday tu, dah start naik bintik2 kat kaki tangan imran. Sakitnya hati, Allah swt je yang tahu. Rasa macam nak je cari pengasuh lain jaga imran.. Being a mother and parents, memang aku bertukar jadi seorang yang sangat2 protective. Same goes to suami...memang bengang gila la. 

Penyakit kaki tangan dan mulut ni juga dikenal sebagai HFMD, hand foot and mouth disease. Penyakit ni berpunca daripada virus yang dikenali sebagai Coxsackie A16 dan juga beberapa virus lain yang tergolong daripada kumpulan virus yang dinamakan enterovirus. Ianya merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis bayi atau kanak-kanak yang telah dijangkiti kuman ini. Dan ianya senang menjangkiti kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah memandangkan sistem imunisasi mereka adalah lemah berbanding orang dewasa.



Antara tanda-tanda penyakit ni adalah:
  1. Demam panas
  2. Bayi sering menangis akibat tidak selesa
  3. Air liur meleleh dan tidak selera untuk makan akibat daripada timbulnya ulser mulut
  4. Timbul ruam dan di kaki dan tapak tangan
Ruam-ruam ni memang tak gatal. 
Sebabnya imran takde pula sibuk menggaru ke ape. 
Tapi yang paling kesian bila dia meleleh air liur dan tak lalu sangat nak makan. 
Huu...tak sampai hati tengok..
 

Tapi, apa yang paling best adalah. 
Even though, imran kena HFMD...
alhamdulillah he's still very active.
Masih lagi sibuk nak main kol-kol ummi ngan ayah. 
Salah letak pula tu. hehe...


At first aku bawak imran pergi klinik biasa, but unfortunately, the doctor himself pun tak tau yang penyakit imran adalah HFMD. Dia cakap mungkin allergic. So, kami suami isteri diam je la at that time. But, after that kitorang bawak imran ke Klinik Kanak-kanak Kwan yang terletak di Kajang. Pediatrician.

Klinik Kanak-kanak Kwan
21, Jalan Raja Haroun, 43000 Kajang, Selangor, 43000, Malaysia
+60 3-8736 3118
 

  Seriously, bila bawak je imran untuk register. 
Akak yang jaga kaunter tu, immediately boleh recognize penyakit HFMD tu.
Aku teruja jugak sebab, doctor biasa pun tak tau itu adalah HFMD.
Akak ni muda lagi kot. So, memang terus hati aku lega sangat dan aku rasa yakin dengan klinik ni.



Bila dah masuk dalam bilik jumpa doc tu, doc cina lelaki. He's so kind and soft.
Dia sangat pandai communicate dengan imran. Hinggakan imran ni langsung tak takut dengan doc tu.
Siap doctor tu kasi mainan untuk imran main masa dia tengah check2 imran.
 
 So, after few days...ruam-ruam merah tu makin hilang. Tak few days jugak la. Ada jugak la seminggu. Ruam-ruam tu bertukar jadi hitam-hitam dan lepas tu mula menggelupas kat seluruh kaki.
Mujur jugak tak tinggalkan kesan langsung.
Kalau la parut kaki anak aku. Memang haru la. huhu...

Ni adalah pengalaman pertama imran kena HFMD. 
So, lepas pada tu bila imran dah makin pulih, habis satu rumah kena cuci ngan dettol.
Tukar cadar, hantar carpet gi basuh. 
If anak-anak korang kena HFMD..please..stay at home and quarantine anak-anak.
Do not being so selfish la. Tak baik.

No comments: