Pages

Followers

Thursday, August 28, 2014

Petua pulihkan Batuk & Selsema

Assalamualaikum..



Bercakap pasal petua batuk dan selsema ini. 
Agak susah sebenarnya bila anak dijangkiti batuk dan selsema tak baik-baik. 
Elok 2, 3 hari. Kena balik. 
Stress juga sebab susah hati fikirkan anak.

Pernah sekali imran kena batuk dan selsema ini. Hampir sebulan setengah. 
Asyik On Off je. Kejap okay. kejap tak okay. 
So, ummi imran tersangat lah susah hati sebab next week tu kita orang ada vacation ke Korea. 
But then, since June lagi imran batuk dan selsema tak baik-baik. 
Siap kahak bagai dan hingus yang meleleh setiap masa.
Hingus yang mula-mula berwarna jernih sampai lah dah warna kuning sebab dah ada infection.

But alhamdulillah, bila jumpa doc.
Doc cakap takde infection kat paru-paru. 
Lepas amik nebulizer, imran okay. Dah takde bunyi berat kat dada imran.
Risau juga sebenarnya, gila tak risau bila anak sakit?
huhu... nak di jadikan cerita. 

Few days before ke Korea, dah plan siap-siap ngan suami.
Plannya nak tinggalkan imran dengan neneknya yang kebetulan ada kat nilai masa tu. 
But then, memang tak sampai hati sebenarnya. Seminggu pula tu. Bukan sekejap.
Aku pun cakap slow2 dengan imran sambil usap kepala imran masa tu.
"Imran kalau tak baik batuk dengan selsema.
Jangan harap nak ikut ummi dengan ayah ke Korea.
Imran kena stay dengan nenek and cikshi dan cik shah.
Kalau nak ikut, cepat-cepat baik before ke Korea selasa ni tau."

But then,google punya google.
Terjumpa lah satu petua yang aku sendiri cuba on that night.
Sempat juga try 2, 3 malam before berangkat ke Korea.
Alhamdulillah...esoknya, selsema dah makin kurang. Batuk pun sama.
So, try on second night. Memang nampak banyak sangat improvement.
So, just before terbang ke sana.. Imran baik sepenuhnya.
Syukur sangat-sangat. 
Sepanjang seminggu kat sana pun, imran tak dijangkiti batuk dan selsema pun.
Alhamdulillah...

Apa yang aku buat adalah.
Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam stoking imran before tidur malam.
Aku just potong yang bahagian hujung atas dan bawah bawang tu dan masukkan dalam stoking.
Sebab yang bahagian itu je la yang kecil sikit nak letak.
Kalau nak masukkan yang bahagian tengah memang tak muat sebab kaki si kecil ni kecil je.
So yang bahagian tengah tu, aku masukkan dalam bilik sekali dan letakkan kat kepala katil.
In sha Allah, batuk dan selsema akan baik dengan petua ni.
Tapi before imran baik sepenuhnya, aku masih lagi curi-curi masukkan ubat dalam susu imran.
Terutamanya before imran masuk tidur dan sebelum imran sedar dari tidur paginya.

Bukan tak percaya dengan konsep ni. Tapi sebab dah terdesak sangat. Bagi ubat tu, dah lama sangat tapi tak baik-baik. Lepas je try petua ni, alhamdulillah cepat sangat baik.


So, kepada sesiapa yang masih susah hati nak cari penyelesaian buat anak.
Yang pastinya selamat buat anak kita compared to bagi ubat yang well known banyak sangat keburukan tu. Better try je yang tradisional ni.

Okay. Selamat mencuba kawan-kawan. :)



No comments: