Pages

Followers

Sunday, September 21, 2014

Seoul: Makanan korea halal untuk dinikmati.


Assalamualaikum..

Nak share pasal tempat makan halal kat Korea.
Alhamdulillah berpeluang melawat Korea on 13th to 17th of August bersama kawan kerja husband.
So, aku, imran, mummy ngan ayah beramai-ramai ke sana.

Memang syok gile bile pergi trip dengan As-syukran punya tour guide.

Ni antara makanan-makanan yang kami makan sepanjang kat sana.
Sangat kena dengan selera aku. Tersangatlah bahagia dan feeling korea sangat. ahaks.


Nah. Makanan tradisi diorang. Kimchi.
Ada macam-macam jenis pula tu.

kimchi kubis
kimchi sotong
kimchi lobak

macam-macam la...So, datang sini everytime makan mesti diorang akan serve kimchi.
So, jangan risau ye...belajar makan banyak-banyak. 
Dah balik Malaysia, rindu pula nak makan kimchi yang fresh dari ladang.
Yang kat sini semua dah letak preservative bagi tahan lama. erk. yeke??


Ni antara bahan-bahan yang diorang pakai untuk buat kimchi.
Kitorang pergi kimchi school. 
So, berpeluang la buat sendiri kimchi ni.
Allaaa... main sapu-sapu je sambal tu kat kubis panjang tu ha. 
Siap...semudah ABC. 
Padahal dah skip banyak gila proses kan?
hehehe...


Ni antara makanan yang kita boleh buat kimchi.
Sotong, lobak putih, kubis.


Ini adalah first hidangan yang kami makan sesampainya ke Korea.
Ikan bakar yang terdiri dari sardin dan mackerel, kimchi lobak dan sayur, ikan bilis goreng, telur goreng dan penkek korea yang sedap dan enak. 


Telur goreng super nyummy


kimchi sayur


ikan bilis goreng dengan kacang dan lada 
Diorang goreng tak macam kita
Sebabnya diorang punya tak garing macam kita goreng ikan bilis


Ni ha...sardin dan mackerel bakar.
Sedap ooo... gulp. 


Pastu kita ada jugak sup ni. Dalam tu ada tepung pulut.
Selalunya tepung pulut macam tu kita gentel-gentel pastu rebus dalam air macam kita nak buat bubur chacha versi malaysia. Tapi kat sana, first time makan yang buat sup gini. Okay la. not bad. rasa kenyal-kenyal gitu.


Ini antara yang the best.
Selalu masuk dalam drama korea. Ayam bbq.


Kita grill atas ni pastu masukkan dalam daun salad, letak sambal, bawang putih, cabai, kimchi..
tutup...then ngap aje..
Feeling korea sangat. hehe..


Kitorang makan ni before naik bot nak ke Nami Island.
Memang area-area situ je pun. Tempat orang-orang parking kete. 
Kena naik tangga sikit.
Nama kedai semua tak ambil pun. huhu..


Yang ni pula ada kimchi, sea weed yang dah dicampur ngan perasa, rumpai laut kot yang warna hijau tu ha. Main telan je ha semua. hehe..dan juga sayur taugeh.



Kat sini nasi semua dah macam pulut.
Memang cepat kenyang. 
Bila tengok ke bekas tu macam tak cukup kan?? 
bila dah ngap..makan separuh je dah kenyang.



Set yang atas tu, ada sekali dengan seafood ni.
Macam-macam ada tau. Kepah, udang, sotong kurita yang super besar, ketam, ikan.
Memang terbaik.
Banyak gila makan masa ni..


Diorang siap-siap potong lagi tau masa kita nak makan tu. 
Jangan tak tau...hehe


Ini tak berapa kena sangat ngan aku.
tapi ni dah salah negara. Udon ni makanan jepun chuolsss...bukan korea.
Yang korea tu sebab makan dengan kimchi. ihiks.
Aku ni memang bukan penggemar udon.


Ni masa kitorang makan kat kedai Arab kot tak salah..
Dah selalu makan kat kedai arab kat sini.
So, dah memang kena dengan tekak la.
Boleh tahan jugak masakan diorang ni. kedai ni kat Seoul je.. tak jauh.
Siap ada free wiFi..


Salad.


Macam kuah dal...macam la...


Kuah spagheti.


Nasi yang rasa pelik sikit.
Tak tahu la diorang ni pakai beras ape.


Carrot dengan terung. 


Masa ni makan kat Itaewon.
Area masjid satu-satunya di Korea ni.
Kat area sini memang banyak sangat kedai halal.
So sesiapa yang risau nak cari yang halal bila travel tak bawak tour guide.
Meh datang Itaewon je. Berderet kedai halal. 


Bulgogi yang super awesome !!!
Panas menggelegak masa dia serve tau.
terbaik !!!

Itu je la makanan yang kitorang try sepanjang kat sana.
Makan sampai buncit.
hihihihi..kalau plan nak korea, jangan lupa makan semua-semua ni.


Yang paling banyak aku hentam kat sana adalah air ni.
banana milk. my most favorite.
kat seven E banyak. tapi kalo compare sikit harga, kat seven E mahal la sikit.
Harga?? tak ingat la... >.<

Moga bermanfaat... in sha Allah..
Sekian :)

No comments: