Pages

Followers

Monday, May 18, 2015

Sepetang di Skytrex Advenure Park, Bukit Cerakah, Shah Alam.

Assalamualaikum...

Just nak share benda-benda yang patut anda cuba sekiranya anda salah seorang peminat sukan lasak.
Seriously, it was one of my dreams come true.
Aku memang minat dengan benda-benda yang lasak dan mencabar.
Dan banyak lagi bucket list yang akan aku usahakan untuk kecapi dalam beberapa tahun ni.
Alhamdulillah sebab berpeluang untuk buat benda-benda yang aku suka tiap kali ada masa terluang.

Skytrex?? 
kepada yang tak faham apa itu skytrex?
dan apa jenis mainan yang ada di skytrek ni...
skytrex ni merupakan salah satu mainan yang mempunyai pelbagai mainan yang merangkumi permainan udara. It's more nak tawan ketakutan kepada ketinggian. 
And yes, sangat mencabar kepada sesiapa yang takut pada ketinggian.

Antara mainan yang ada kat sini adalah, flying fox, meniti pelbagai jenis rintangan pada ketinggian yang memang menggerunkan. Kat bawah ni aku ada attachkan beberapa picture sebagai gambaran sebenar kepada permainan yang terdapat kat sini. Beberapa ye...bukan semua sebab ye la, keterujaan nak melompat dan bergayut. Tak sempat nak bergambar..ekekeke..


Dalam banyak-banyak game, ini adalah yang paling mencabar bagi aku.
Kena berjalan atas satu tali, dan berpaut kat satu tali.
Bukan dekat tau, jauh gile pula tu nak kena cross ke belah sana. Banyak kali jugak berenti.

Tapi jangan risau sebab kita memang pakai harness sepanjang permainan.
tapi, for your info, the guide will not be there during your game unless kat tempat yang mana anda collapse atau kat tempat-tempat susah yang ramai orang surrender nak buat game tu.  hahaha...
You will be there alone, tanpa ada orang yang akan paksa anda or push anda untuk terjun for flying fox or what.


Meniti titi-titi kecil ni. Seriously kepada yang takut tinggi memang rasa gayat.
But for me, you need to try this game.
Conquer your fears. :))


Yang ni melompat dari satu tiub ke satu tiub pakai tali.
Memang dah macam tarzan. hehehe


Ini pemandangan dari the highest part dalam game ni.
Kat bawah tu, akan ada satu pelantar yang mana kita akan panjat tangga ke atas sampai ke pelantar yang second ni. Sangat gerun bila pandang ke bawah. Pastu nak kena cross pula ke sana dengan berjalan atas satu tali. 



Jauh gile kan?
Ha...tak yah nak cakap dekat la. 
You all pergi dulu try...baru tahu jauh ke tak. huhu T_T
But, aku lepas kesemuanya. :)) 
Proud to myself.


Ini masih lagi yang awal-awal. Kena cross atas tali tu satu persatu. 
Disebabkan ketinggian dia rendah je, okay la..


Masa ni, bengkok tulang belakang sebab tak sempat nak berpijak kat tiub tu. 
Nampak senang, tapi agak mencabar tau. 
Jangan dok gelak-gelak eh.


Ini antara yang mencabar jugak.
Bukan senang tau. mencebik tak puas hati. hahaha


Ni masa mula-mula, baru lepas flying fox.


Keterujaan !!!

Actually, skytrex ni ada banyak level.
Beginner, Intermediate dengan Extreme.
Kalau you all order online and come in group much cheaper compared to walk in.

Online Price.

Beginner = RM35
Intermediate = rm45
Advance = rm55

Walk in Price.

Beginner = RM50
Intermediate = rm60
Advance = rm70

Taapi harga yang latest tak sure pula, sebabnya confirm GST dah include kan?

VenueShah AlamLangkawi
Forest Conservation FeeRM 3 ( Adult)
RM 1 (Child)
FOCi
LockersRM 1
RM 5 (deposit)
RM2.00 x 1 Token
GlovesRM 3
per pair
RM 3
per pair
Bottle HolderRM 1
RM 5 (deposit)
RM 1
RM 5 (deposit)
ParkingRM 3
per entry
FOCi
Can DrinksRM 2RM 3
Mineral WaterRM 1.50RM 2.00

Ini pula harga-harga yang barangan extra.
Kalau tak nak habiskan duit, bawak siap-siap gloves ngan air ye... 

So, kepada sesiapa kat luar sana yang ingin mencabar tahap keberanian masing-masing ayuh ke sini.
Berbaloi-baloi. Nak gi yang kat Langkawi jauh bebenor, better pergi yang sini je. Area lembah klang memang inilah satu-satunya skytrex yang ada.
 Harap entry ini bermanfaat buat semua. :)
Sampai berjumpa lagi di next entry !!

p/s: pedulikan kualiti gambar yang tahap gegar-gegar. huhu...

No comments: