Pages

Followers

Thursday, September 3, 2015

Tips memupuk Anak BIJAK semenjak dari dalam kandungan.

Assalamualaikum...



Bercakap pasal anak bijak, usaha yang di perlukan untuk melahirkan anak bijak bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan usaha yang berterusan dan tahap kesabaran yang tinggi. Kenapa???
Sebab utama adalah bila ibu si bayi adalah bekerja sepenuh masa, makanya pada malam hari. Si ibu sangat lah penat apabila sampai ke rumah. Mana nak mengemas pula, nak siapkan makan untuk ayah si bayi, melipat baju dan sebagainya. Ditambah lagi dengan beban kerja yang kadang-kadang terpaksa bawa balik kerja ke rumah. Ini pengalaman akma sewaktu mengandung dulu. Sangat memenatkan sebab kerja sebagai ahli kimia ni memerlukan tahap keaktifan yang tinggi yang mana ianya memerlukan fizikal dan mental pada masa yang sama. Mana nak uruskan management punya parts dan mana nak uruskan eksperimen harian yang lain. Sampel pula bukan sikit-sikit. 

Entry ini dikeluarkan bukanlah nak mengatakan yang anak akma ni bijak. bukan. The way anak kita berfikir bila dewasa kelak adalah bagaimana pendedahan yang mereka dapat semenjak kecil. Sebab tu kalau kita compare ourselves yang datang dari kampung macam akma, dan juga family husband akma yang datang dari bandar. The way of how we are thinking memang sangat jauh berbeza. Seriously, memang nampak sangat matang, dengan cara orang bandar compred to orang kampung berfikir. Ini pada pendapat akma laaa... pendapat orang kan berbeza. 

Di sini akma share kan apa sikit sebanyak yang akma buat, to make sure imran bijak in the future, in shaa Allah. Akma hanya mampu berusaha je, yang lebih-lebih doa  minta dengan Allah swt supaya imran ni otaknya cerdas dan kreatif, beriman dan sentiasa dahulukan DIA dalam segala-galanya suatu hari nanti.

  1. Perbanyakkan MENGAJI semasa mengandung.




Memang sangat penting semasa mengandung, kita perbanyakkan mengaji. Akma masa mengandung dulu siap buat jadual untuk make sure tiap-tiap malam akma mengaji. hahaha...kadang-kadang kalau penat sangat, terlepas jugak mengaji. :D so, setiap malam akma akan tetapkan hari apa nak baca surah apa. Kalau akma terlepas tu, akma skip je untuk minggu tu, then keep on the schedule untuk the next week. Kalau bosan akma tukar hari lain. Begitulah hari-hari.

cth:

                           Isnin        - Surah Luqman
                           Selasa      - Surah Mariam
                           Rabu        - Surah Yassin
                           Khamis    - Surah al Kahfi
                           Jumaat     - Surah Yusuf

Untuk sabtu dan ahad, akma baca Quran ikut yang memang akma baca untuk tahun tu. Selalunya lepas abis ramadhan akma akan start balik dari awal. Juzuk 1 sampai la berturutan sampai the next ramadhan baru abis. Punya la malas mengaji. Setahun habis sekali je. This year sebab terlalu busy, sekali pun tak khatam lagi. ayyo. So, masa mengandung. memang kena gigih mengaji. Paksa diri sendiri untuk mengaji. Kalau penat sangat, akma dengar je ayat-ayat Quran. Pasang masa nak tidur.

 2. Buat banyak MATEMATIK, kira-kira atau main SUDOKU.





Yang ni, memang gigih sangat buat masa mengandung. Sampaikan nak mengira kat office pun, dah buang terus calculator. Hari-hari pakai tangan and pakai otak untuk mengira. Gigih sangat. Siap malam-malam buat add math. Tapi add math akma hanya buat topic yang akma suka je la. hehe. Function atau fungsi. Pengamiran. Beli buku add math pun, yang penuh latihan semua topik itu je. :D memilih sangat. Pastu kalau bosan akma main sudoku. Kalau tak main kat buku, akma main dalam iPad. 

Sebenarnya, husband pun kena buat juga bab ni. Tapi disebabkan husband akma cakap, dia dah banyak pakai otak masa kat office, so jangan risau. poyo sangat. hahaha... bila programmer bercakap. katanya 24 jam pakai otak. Macam la kita tak pakai otak. T_T .

  3. Perbanyakkan mendengar MUZIK atau MENYANYI.

Advantage kat sini, sebab suka dengar muzik dan sangat suka menyanyi. Elok la, malam akma mengaji, siang masa kerja akma banyak menyanyi dan dengar muzik. Akma sangat suka lagu Adele. So hari-hari memang asyik menyanyi je. Tabiat dari kecil, susah sikit nak buang. Dulu asyik dengar lagu Siti Nurhaliza je, sekarang dengar lahu omputih pula. Nak improve english dalam masa yang sama. katanya... hehe.

  4.  Makan banyak ALMOND dan IKAN.

Yang ini sebagai sumber protein utama kepada bayi. Almond atau kacang badan mengandungi 20x lebih protein kalau nak compare dengan kekacang dan bijirin yang lain. Malah almond juga mengandungi high content of folate yang mana ianya dapat mengelakkan kecacatan kepada bayi ketika mengandung. Malah ianya amat penting untuk pertumbuhan otak bayi. So makan lah almond banyak-banyak dan makan ikan juga. Jangan makan kepala ikan pula. Yang itu tak elok. 

  5. COMMUNICATE dengan bayi.

Kadang-kadang, kita tak tahu pun bayi tu faham ke tak ibu dia bercakap kat luar ni. Tapi akma memang selalu buat yang ni, usap-usap perut sambil bersembang ngan bayi dalam kandungan. Kadang-kadang dalam kita tak sangka, diorang akan bagi feedback. Tendang-tendang perut kita dari dalam, tak pun berpusing-pusing. Communicate dengan bayi sepanjang proses kehamilan terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga tersangatlah penting. Sebab ianya akan membina bonding antara ibu dan anak dan juga ayah dan anak. Dalam tak sedar, ianya akan meransang otak anak agar lebih alert dengan persekitaran.

  6. Emosi yang STRESS mampu menyebabkan anak berpenyakit.

Kajian daripada sebuah jurnal yang bertajuk, " Maternal Prenatal Stress is Associated with the Infant Intestinal Micrbiota" yang diterbitkan pada 2015 mengatakan bahawa, wanita mengandung yang mengalami stress mudah mendapat bayi yang mengalami masalah usus dan tindak balas alahan yang mana masalah akan timbul pada kedua-dua fisiologi dan juga psikologi. 

So, walaupun anda terpaksa tinggal berjauhan dengan suami ketika bekerja, PJJ terutamanya, please make sure that you are happy during the pregnancy. Sebabnya, jika emosi kita tak stabil sepanjang proses kehamilan, bayi anda juga akan mengalami masalah yang sama ketika dah keluar nanti. Kuat merengek, tak leh kena tinggal.. It's far more difficult to handle. Please make sure you are happy. Nanti, bila bayi keluar, perangainya senang nak dijaga. Tak banyak karenah utamanya. 


Moga entry ni membantu sedikit sebanyak. 
At least ada juga usaha kita untuk dapat anak yang bijak suatu hari nanti in shaa Allah. 
Jumpa in the next entry ye... 

Assalamualaikum...



4 comments:

Ija Rased said...

assalam..
tq for sharing

Ummu Nurkhayla said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips anak bijak dalam akademik.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

adiba rusli said...

good tips. btw, sy follow awaa#159.jemputt:)