Pages

Followers

Tuesday, November 29, 2016

Menghitung hari menuju 2017

Rentetan hati...

Tak sabar nak tunggu tahun 2016 berakhir. Sebab bagi aku, tahun ni merupakan tahun paling banyak ujian yang aku tempuhi. Disebabkan ujian2 tu, aku jadi patah semangat untuk meneruskan hidup. Ye..sungguh. Hanya yang pernah kehilangan baru memahami ape itu erti sebuah kehilangan. Awal tahun ni, ibuku yang paling aku cintai pergi meninggalkan aku. Ditambah lagi dengan kepergian arwah abah tiga tahun lalu. Dan yang pastinya, aku cukup bersedia dengan kepergian arwah abah. Sebab abah menderita lama disebabkan kanser. Dan hatiku berbisik utk Allah swt ambil nyawa abah utk hilangkan penderitaan abah saban hari. 

Tapi aku kalah dengan kepergian maa (ibuku). Maa meninggal disebabkan accident. Aku masa tu mengandung sebulan lebih. Kandungan masih lagi tak cukup kuat. Dan aku decide utk tidak pulang bercuti raya cina. Dan seminggu lepas tu, hari khamis malam. Abang aku call lebih kurang pukul 11 lebih malam. Dia maklumkan maa accident dengan adik aku. Kami adik beradik bergegas pulang ke Jeli, dan terus ke Tanah Merah seterusnya Kota Bharu, Hospital Kubang Kerian. Doktor cakap, mustahil utk maa kembali baik dan sihat seperti sediakala. Sebab maa mengalami pendarahan otak masa tu. Salur darah pecah dalam otak sebab maa terlalu terkejut semasa waktu kejadian. Seluruh otak maa diselaputi oleh darah yang mana mustahil utk maa bangun. Even otak tu sendiri sudah mati.
Aku terkesima. Dan kepergian maa buatkan aku musnah sebenarnya. Aku hilang kawalan. Aku cuba utk tabah di depan adik2 aku. Tapi hakikatnya aku dilanda murung yang dalam. Aku lemas dalam kesedihan yang tak mampu aku kawal. Prestasi kerja aku makin merudum. Sampai lah akhirnya. Jawatan aku dilucutkan. Dan aku decide utk berehat dan berhenti kerja buat sementara waktu.

Sampailah aku melahirkan anak kedua ku, Muhammad Alfateh pada 5 September 2016. Aku kena campak selepas 3 hari bersalinkan anak aku. Then anak aku kena admit ward seminggu sb jangkit ngan aku. 2 minggu aku kena campak. Menangis malam2 sb rindu kat anak, sb gatal2 dan merenyam satu badan, menangis sb rindu kat maa...entahlah, banyak betul dugaan tahun ni.

So looking forward utk January 2017. Masuk kerja baru. Habiskan master course kat UM. Continue life as normal mother, pergi keje,balik keje macam biasa, pindah balik shah alam end of 2017 and hidup normal macam family lain. In shaa Allah. May Allah swt grant me my dreams... 

Hidup tak selalu indah..ujian bertimpa2 utk kita jadi lebih kuat. Bangun dan melangkah kembali walau sesukar mana pun ujian tu. Dan dunia ni, adalah satu2 nya tempat ujian tu. Nanti, bila mati...segala2nya yang diuji itu akan disoal dan dihitung kembali. Allah swt tak kejam utk menguji seseorang luar dari kemampuannya. Mungkin ada saatnya aku kalah, tapi aku tetap kembali kepada DIA. Moga aku sentiasa kuat dan yakin pada susun atur yang telah Allah swt tetapkan buat aku. aminnn.. 

Hujan walaupun lebat di tengahari, Allah swt tetap datangkan pelangi yang cukup indah selepasnya. Just have faith in him.. :) senyum selalu..

No comments: