Pages

Followers

Friday, February 2, 2018

Tips pastikan rumah senantiasa kemas bagi wanita yang bergelar ibu, pelajar dan pekerja.





Assalamualaikum w.b.r

Bagi kebanyakan wanita, pengurusan masa amatlah penting. Apalagi bagi wanita yang memegang banyak peranan penting dalam hidup beliau seperti bergelar seorang ibu kepada beberapa anak-anak kecil utamanya, dan dalam masa yang sama bekerja sepenuh masa yang mana perlu masuk bekerja jam seawal 8 pagi dan pulang selewat 5 petang, malah bergelar pelajar separuh masa di mana-mana universiti tempatan yang mana memerlukan menghadiri kelas selepas waktu bekerja sehingga hanya boleh menjengah rumah paling awal pun jam 9 malam. Malah kadang-kadang, jam 10 malam baru la berjaya sampai ke rumah. 

Balik rumah, nak kena get ready tidurkan anak-anak, pastikan anak-anak bersih, kenyang malah rumah pula dalam keadaan baik, kemas dan terjaga. Actually, life is not PERFECT you all...apa salah nya rumah sepah sikit? Kannn...So kalau dah penat sangat, pejam je mata...biar je la rumah sepah sehari dua. hehe..

Kat sini aku nak kongsi sikit tips-tips yang selalu aku buat memandangkan, aku mempunyai tiga peranan penting yang perlu diutamakan. 


Image result for dirty laundry

1. Jangan sekali-kali kumpul baju kotor: Memandangkan kita semua takde masa nak lipat baju dalam kuantiti yang banyak. Makanya, janganlah sekali-kali kumpul baju kotor. Agak-agak dah cukup untuk satu kali cycle, basuh je terus. Yup, ada orang yang tak suke campur dan basuh baju sekaligus kan? Apa aku buat adalah, aku kumpulkan baju mengikut jenis nya...contoh, aku takkan campur baju anak-anak dengan baju kami suami isteri. Even baju husband pun aku akan asingkan seluar dan baju dalam cycle yang berbeza. So, apa yang boleh korang buat...mana-mana jenis yang dah cukup satu cycle. Proceed je dulu basuh. Let say basuh baju anak-anak yang dah cukup satu cycle..then jemur. Once dah kering esoknya, angkat terus lipat...jangan sekali-kali simpan dan longgokkan. Sebab lagi banyak dan besar longgokan tu, lagi la tahap kemalasan berlipat kali ganda..hahaha..Selalunya aku akan buat gini, masa nak masuk tidur. Dump semua baju yang nak basuh masuk mesin dan basuh. Esok pagi tinggal nak jemur je kan...jangan lupa jemur pulak. hehe..


Image result for toys sepah


2. Make sure anak-anak kemas mainan diorang sebelum tidur malam: Actually tips ni memang agak susah nak achieve. Sebabnya kita semua kena bertegas dengan diorang, selagi tak kemas. tak leh masuk tidur, make sure everything tersusun dan rapi sebelum masuk bilik. Tips yang paling senang nak ajar diorang keep toys adalah, berlumba ngan diorang siapa yang berjaya simpan lagi banyak mainan ke...make it fun. So that, budak-budak happy bila buat benda ni. Tak pun, korang bagi hadiah ke apa ke bila diorang complete the task. Make sure, pastikan budak-budak simpan mainan diorang tiap-tiap malam tanpa missed sebab nak ajar diorang supaya tahu diorang punya daily routine. Nanti dah lama-lama, diorang akan buat sendiri dah tak payah nak suruh-suruh. 


Image result for pinggan mangkuk kotor


3. Jangan sekali-kali kumpul periuk belanga kotor: Tiap kali korang dah siap masak, terus clear kan semua periuk, mangkuk, pinggan, sudu untuk merasa, senduk ape...basuh siap-siap just lepas masak which is sebelum makan. Tips ni nak pastikan lepas makan, perut dah kenyang...tahap kemalasan akan bertambah 2x ganda. hahaha...so maknanya, lepas makan je...takde la korang ngelat nak basuh pinggan mangkuk yang sebijik dua tu. Nak lagi senang? Korang tak yah la sibuk-sibuk nak hidang kalau weekdays, buat penat nak basuh pinggan mangkuk habis double or triple pulak kan? Siap masak, senduk semua sekali masuk pinggan korang, pinggan anak-anak, pinggan husband korang..sekali ngap, dah takde pinggan lauk pauk yang nak kena basuh sekali kan...? Kalau korang rajin, takpe laa...ikut yang mana rajin..hahaha...kalau ikut den, semua nak senang je...hehe rumah kita kan? sape nak marah?? Tapi kalau duk rumah mak mentua, kang kena bahan pulak. hahaha..tengok kesesuaian laa..


Image result for sampah banyak dalam rumah


4. Clearkan semua sampah masa nak keluar rumah pagi-pagi ataupun malam sebelum masuk tidur: Tips ni sangat-sangat membantu tau. Sebabnya kalau korang simpan lama-lama sampah dalam rumah, nanti rumah bau pelik kot. Apalagi kalau ada pampers budak. So please make sure, sampah basah dan semua jenis sampah dibuang tepat pada waktunya walaupun sampah tu sikit. Tapi kalau rumah korang banyak sampah kering, takde masalah sangat. Yang jadi masalah bila sampah basah yang disimpan lama, sisa-sisa makanan, pampers etc. Kalau prefer buang malam, then buang malam. Kalau tak pun pagi-pagi before keluar rumah. Sebab kalau dah namanya simpton mak-mak, tiap kali keluar rumah memang penuh angkut barang-barang anak je...ngan beg si abang, beg si adik lagi..nak dukung adiknya lagi...memang haru laa..ngan sampah lagi kan..hayyo..belum lagi beg mak-mak yang penuh ngan harta karun, belum masuk lagi beg breasfeeding ngn coldbox. Memang haru la oi...banyak gila kot..huhu..

5. Pastikan semua barang terletak elok kat tempatnya : Kenapa poin ni ada kan?? Sebabnya, yang jenis semua suka dump barang-barang balik kerja..semua dump kat atas meja makan...ngn handbag mak, ngan beg anak-anak, belum lagi ngan barang-barang yang korang baru beli dari SpeedMart tunggu turn nak bersusun je. hahaha..aku ler tu yang geng suka dump barang gitu...hahaha..untuk mengelakkan dari terus bersepah kan, salin je baju...mandikan anak-anak, kumpul baju kotor dari beg anak-anak, masuk mesin, simpankan semua barang-barang masuk kabinet siap-siap, sangkut beg elok-elok kat tempatnya. Esok pagi senang...grab semua sekali. Time ni la aku akan kemas siap-siap beg anak-anak sebab dah clearkan beg-beg diorang dari baju kotor..topup mana tak cukup, then letak siap-siap kat tepi pintu sebab esok pagi terus grab je. Kalau jenis aku, tak leh nak buat esok paginya. Sebab memang akan kelam kabut la. Semua dah kena siap malam-malam before tidur.

So far, yang ni dulu...nanti kalau ada penambahan nanti tambah lagi masuk. hehe :)


1 comment:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)