Thursday, December 27, 2018

4 KESILAPAN saat menghadapi KEMATIAN insan yang tersayang (Emosi dan Mental)

Assalamualaikum wbr...

Hanya orang yang pernah kehilangan orang yang tersayang mampu berkongsi dan memahami perasaan kehilangan terutamanya kehilangan kedua ibu bapa. Aku mengalami dua kematian yang terbesar dalam hidup aku. Kematian arwah abah pada 2013 saat aku mengandungkan anak pertamaku, dan juga kematian arwah maa (panggilan utk arwah mak) pada 2016 saat aku mengandungkan anak keduaku. Arwah abah meninggal setelah menderita kanser selama lebih kurang 2 tahun, dan arwah maa meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. 

Pemergian arwah abah memang aku dan adik beradik well prepared mentally and emotionally, memandangkan arwah abah menderita kanser. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, keadaan arwah abah memang sangat-sangat teruk. Arwah tak mampu untuk menguruskan diri sendiri, dan arwah memang nampak sangat-sangat tenat. Kami adik beradik dan arwah maa masa tu tak mampu nak tengok arwah abah menanggung sakit lama. Arwah abah cukup-cukup menderita saat tu. Even  kita yang pandang pun, tak mampu dan tak tau macam mana nak handle that situation. Sebabnya, if let say kita suruh arwah sabar, even kita sendiri pun takkan mampu untuk tanggung kesakitan tu. Moga Allah swt hapuskan segala dosa-dosa arwah dengan setiap kesakitan yang  arwah abah tanggung selama hidupnya. Amin...

Manakala, pemergian arwah maa merupakan suatu kehilangan yang aku tak mampu nak ungkap kesedihannya. Sebab masa tu aku di peringkat awal kehamilan. Kandungan aku masa tu dalam 2 bulan, masih lagi tak kuat. Aku mengalami tumpah darah yang agak kuat di awal kehamilan, dan at that time aku tak balik cuti raya cina sebab aku risaukan bayi aku masa tu. Seminggu lepas cuti raya cina 2016, malam jumaat, arwah maa aku accident. Dan pagi jumaat tu arwah maa aku disahkan meninggal oleh doktor memandangkan arwah dah mengalami "brain death". So, kematian arwah maa memang sangat-sangat memberi impak pada aku.

Pada awal kematian arwah maa, aku tak mampu untuk ungkapkan rasa sedih tu. Even aku datang dari dalam keluarga yang besar, adik beradik 8 orang, makcik pakcik yang ramai. Tapi hakikatnya, kitorang dengan makcik pakcik memang tak rapat. Dan adik beradik? Kami tak pernah diajar untuk berkongsi rasa sedih atau talk pasal something in deep. Apalagi untuk meluahkan rasa sedih, terkilan, marah, dan segala-gala rasa yang terbuku dalam hati. Semua terpendam seorang diri. Ye, aku ada suami dan kawan-kawan, tapi aku bukan jenis meluahkan apa yang aku rasa. Semua aku pendam sorang. Itu adalah kesilapan pertama yang aku buat. 

Kesilapan 1: 
Tidak luahkan perasaan pada orang 


Kesilapan di atas memang nampak kecil, tapi hakikatnya impak dia terlalu besar. Effect paling besar adalah kat diri aku sendiri, aku tak mampu nak fokus kat tempat kerja, aku tak mampu nak fokus kat study (aku sambung master second year masa ni), malah masa ni aku duduk berasingan dengan anak aku yang sulung. So, at that time anak aku yang sulung terlalu rapat ngan nani baba dia pastu dia memang reject aku 100%. Yang paling aku terkesan adalah anak aku refuse untuk tido dengan aku. Memang masa ni aku mentally breakdown. Aku tak boleh nak open communication ngan husband aku, dan aku takde closest friends yang aku percaya untuk aku luahkan dan berkongsi apa yang aku rasa. Berbulan aku tak boleh nak commit dengan kerja sampai satu tahap aku kena turun pangkat dan kena panggil ngn boss dan diberi warning untuk diberhentikan kalau tak perform. Masa ni aku sarat mengandung.

Kesilapan 2: 
Disaat kita rasa tiada sesiapa dalam hidup kita, 
kita sebenarnya ada Allah swt 

Effect yang paling besar akibat dari kesilapan di atas adalah rasa marah pada Allah swt. Ye, aku tak perfect. Agama dalam dada aku ni aku rasa senipis bawang jer. Aku tak tau macam mana nak cope dengan pelbagai perasaan dalam jiwa aku. Aku jarang solat. Aku langsung tak bukak Quran dan mengaji. Sebab aku marah. Kenapa? Aku solat, aku mengaji, dan Allah swt tau, aku hanya ada arwah maa masa tu. She was the closest person to me, she was my best friend, she was my everything...but still, DIA rampas maa dari aku. Memang at this stage, almost everyday aku menangis. Aku mentally breakdown. Tapi aku rasa aku takde siapa-siapa kat sisi aku. Aku berkongsi apa yang aku rasa, sebab aku tahu bukan senang nak cope dengan perasaan yang berperang dalam jiwa saat kehilangan orang yang kita sayang. Ye, salah aku sebab aku tak kuat masa ni. Tapi aku memang lost gile. So untuk korang kat luar sana, ianya memang perkara biasa untuk kita alami stage marah ni saat kehilangan org yang kita sayang. Tapi untuk kita hadapi benda ni, kembali kepada Allah swt...even ko rasa ko takde sapa-sapa kat dunia ni, ko kena yakin...Allah swt tu sentiasa ada...sampai satu tahap aku kadang-kadang rasa nak bawak kereta laju-laju dan biar diri aku accident dan mati. Aku bukan hanya sekadar marah kat Allah swt masa ni, aku marah kat semua orang. Orang-orang yang tidak memahami, yang sewenang-wenangnya meremehkan kematian arwah maa bagaikan kematian tu takde makna pun...tapi hakikatnya, berbulan-bulan aku cope, berbulan-bulan aku hanyut,berbulan-bulan aku menangis...ya Allah, hanya Allah swt yang tau macam mana berkecamuknya jiwa aku saat ni... Astaghfirulloohala'zim... jauh aku hanyut...disebabkan benda kecil. Aku tak mampu nak luahkan apa yang aku rasa, aku jauh tersimpang... sebab tu, pleaseeee cari someone yang korang percaya dan luahkan apa yang korang rasa. Sebab kematian orang yang kita sayang, yang kita kenal dari kecil bukanlah perkara kecil dan remeh temeh. Bukan benda yang boleh dibuat main-main. Apalagi kematian mengejut.

Kesilapan 3:
Tak keep on solat, doa, mengaji...

Aku salah sebab aku biarkan marah aku, makan diri aku sendiri. Aku resign kerja aku masa aku nak bersalin dan ambil cuti 4 bulan untuk deal ngan perasaan aku utamanya. Aku kembali solat...aku belajar untuk redha. Aku belajar untuk terima qada dan qadar Allah swt. Aku buat sunat taubat, sunat hajat untuk kembali kuatkan diri aku. Disaat aku sedih aku banyak-banyakkan mengaji lepas subuh dan antara maghrib dan isyak. Kadang-kadang sampai teresak-esak masa mengaji. Aku banyak bukak pinterest cari pasal islamic motivational quotes, tengok ceramah untuk kuatkan balik diri aku...Selepas kematian arwah maa, aku tak pernah balik dan jenguk kubur arwah. Sebab aku tak kuat. Dua tahun kemudian aku balik...aku menangis teresak-esak sepanjang perjalanan sampaikan kat depan kubur arwah. Aku fikir aku dah kuat masa tu, tapi sebenarnya tak. 

Kesilapan 4:
Yakin apa yang aku ada,
 akan kekal dengan aku sampai bila-bila. 

Selepas apa yang aku alami, aku sedar...bukan senang nak hadapi kematian orang yang kita sayang. Apalagi orang yang paling kita rapat, dan yang kita rasa kita hanya ada dia. Ye, aku salah...aku sayangkan manusia lebih dari aku sayang Allah swt. Aku begitu angkuh dan yakin bahawa aku akan sentiasa ada arwah maa dibelakang aku. Tapi aku salah. Sebab dunia adalah tempat ujian. Allah swt akan uji setiap dari hambanya untuk sesuatu yang dia sayang. Sebab dunia adalah sementara, dan kita juga adalah sementara. Malah apa yang kita ada, suami, anak-anak, ibu bapa, harta, pangkat...semuanya adalah ujian. Aku lupa semua ni. 

Disaat aku mengenang kembali ujian ni, aku terfikir...Allah menguji setiap hambanya dengan ujian-ujian yang berbeza. Sebab kemampuan setiap manusia adalah tidak sama, ada yang hatinya terpaut pada harta...maka Allah swt mengujinya dengan harta..ada yang cintakan anak lebih maka Allah swt uji dengan anak-anak..ada yang diuji dengan pangkat, bertahun-tahun apply kenaikan pangkat tak lepas-lepas. Hidup berjauhan suami isteri...setiap ujiannya adalah berbeza. Uniquely design for every single person on earth. Cantik aturan Allah swt. Kalau kita kenang balik ujian ke atas para nabi dan anbiya, ujian mereka ya Allah...besar...bertahun-tahun..tapi Allah swt berikan darjat yang tinggi buat mereka. Sebab disini, dunia...adalah tempat ujian. Yang mana paling baik amalnya, maka Jannah yang tertinggi Allah swt janjikan buat mereka.  Pernah tak kita terfikir? Takkan Allah swt tak tau yang kita berhempas pulas nak lalui dugaan tu, menangis tiap-tiap malam sampai tertido, mental breakdown, lepas satu satu...tapi yakinlah, setiap kesusahan kita, air mata kita, kesedihan kita...inshaAllah Allah swt akan gantikan reward yang lebih indah. Lebih hebat..ye..bukan sekarang..tapi di dunia yang kekal abadi.. inshaAllah amin...

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah swt bersama kita..

Kuatlah kawan-kawan...yakinlah...Allah swt tu senantiasa ada..dan setiap kesusahan kita, akan ada hadiah terindah nanti...amin...inshaAllah...sabarlah, redhalah...

Moga Allah swt anugerahkan jannah tertinggi buat arwah abah yang berperang dengan kanser, dan arwah maa yang senantiasa sabar, redha dan tabah dengan setiap ujian yang arwah lalui sepanjang hidup arwah...amin... 

Alfatihah buat kedua ibu bapaku... 
arwah Haji Ramli bin Buldan dan arwah Hajjah Rosnani binti Mustapha.


No comments: